Wednesday, June 23, 2010

Nak letak tajuk apa yer?

Kalau ada company yang beri option untuk bayar bagi cuti yang direducekan, saya rasa saya tak akan ambil option itu. Sebabnya, kadang2 unexpected things berlaku yang memerlukan urgent atau emergency leave. Tapi kalau dibayar banyak...menarik juga kan...hahah. Berangan dan materialistik!

Hari ini adalah contohnya. Penjaga anak2 saya perlu ke hospital, maka bercutilah saya hari ini untuk bersama hero2 saya.

Bangun tidur jer, Fahim dah cakap,"abah hari ini abah kena cuti...nenek kena pergi hospital."

Kami bercuti. Ziyad agak confuse kenapa hari ini kami tidak hantar dia ke rumah nenek (mereka panggil penjaga mereka atuk dan nenek). Dia dah siap kumpul mainan2 untuk dibawa ke rumah nenek.

Fahim ke sekolah seperti biasa. Ziyad...susah betul nak suruh dia mandi. Munif pula sibuk nak naik tangga dan merangkak ke luar rumah. Ini baru pagi. Macammana lah nenek mereka menjaga mereka 5 hari seminggu pada hari bekerja.

Nota: lama blog ini tak berupdate...tiba2 rasa hilang skill mengupdate blog

2 comments:

Farra said...

jie, aku pon dah biasa cuti jaga anak2 sbb pengasuh byk hal/gi bercuti..dan salunya aku sorang je cuti sbb ayah cutinya sket..mmg agak mencabar eheheh :)

najibah said...

itulah...rasanya kan kalau kena jadi full time house wife nak request ada maid gak