Wednesday, June 9, 2010

Cartime Story 3

Kisah ini saya namakan Baldi Bocor. Tajuk ini bukan rekaan saya kerana sebelum Anwar bercerita, dia dah beritahu tajuk cerita ini. Saya rasa kisah ini agak familiar tapi sumbernya saya tak pasti.

Ada sebuah baldi yang tinggal di sebuah rumah di atas bukit bersama dengan tuannya. Setiap hari tuan baldi ini akan turun bukit untuk mengambil air. Air diisi ke dalam baldi ini.

Setiap hari baldi ini berkhidmat dengan tuannya sehinggalah satu hari dia bocor. Jika sebelum ini setiap kali trip tuannya boleh mendapat satu baldi penuh air, tapi kini hanya separuh air sahaja yang tinggal apabila mereka tiba di rumah mereka di atas bukit. Oleh itu tuan baldi ini terpaksa membuat lebih banyak trip untuk memastikan beliau mendapat jumlah air yang sama seperti sebelumnya.

Suatu hari, tuan baldi membeli satu baldi baru. Walau bagaimanapun dia tetap menggunakan baldi bocor ini. Si baldi bocor berasa sedih. Dia mengadu kepada tuannya dan merasakan dia tidak lagi berguna dan tidak dapat membantu tuannya kerana dia sudah bocor.

Tuan baldi itu meminta si baldi bocor melihat sekelilingnya apabila mereka dalam perjalanan mengambil air. Si baldi bocor melihat bunga2 yang cantik dan pokok2 dan rumput2 yang menghijau di sepanjang perjalanan mereka.

Tuan baldi itu memberitahu bahawa baldi bocor inilah yang membantu bunga, pokok dan rumput2 ini tumbuh subur. Akhirnya baldi bocor ini gembira kerana dia sedar bahawa dirinya tetap berguna.

Moral of the story:
Setiap orang boleh berbuat kebaikan dengan cara sendiri.

Inilah dia 3 cerita yang diceritakan oleh Anwar pada suatu petang. Tak tahu apa mimpinya bercerita kisah2 ini waktu drive.
Saya...tukang dengar jerla

2 comments:

KSPulau said...

Salam..
Tahniah, blog yg menarik... Saya ikuti dari cerita puan ke mekah dulu.. selamat berkenalan.

najibah said...

Terima kasih...sekadar berkongsi kalau ada yg bermanfaat