Wednesday, June 9, 2010

Cartime Story 2

Ini cerita kedua. Cerita ini juga Anwar lupa sumbernya. Selepas cerita Minum Air Garam, cerita ini tajuknya:

Kertas Baik (lagi sekali tajuk ini adalah rekaan saya semata-mata)
Begini ceritanya.....
Di dalam salah satu kelas di sebuah sekolah, ada seorang budak lelaki yang sangat nakal. Kenakalan dan kedegilannya menyebabkan tiada orang ingin berkawan dengannya. Tapi dia tetap dengan kenakalannya.

Satu hari guru kelas mereka memberi satu kertas kepada pelajar2 kelas tersebut. Guru itu meminta kesemua pelajar di dalam kelas itu menulis satu perkara baik yang ada dalam diri pelajar nakal tersebut. Kesemua pelajar menulis di dalam kertas itu dan apabila semua telah menulis, kertas itu dikembalikan kepada guru tersebut.

Guru itu memberi kertas yang ditulis oleh rakan sekelasnya kepada pelajar nakal itu.

Masa berlalu....

Peperangan berlaku. Ada seorang askar yang berani. Beliau berperang dengan pihak lawannya dengan bersungguh-sungguh. Tetapi akhirnya beliau ditembak dan mati. Askar ini dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang pemuda yang amat baik.

Ketika rakannya mendapatkan askar itu, dia terjumpa satu kertas di dalam baju askar yang mati itu.

Itulah kertas yang tertulis dengan perkara2 baik yang ada dalam diri askar itu yang ditulis oleh rakan2 sekelasnya satu masa dahulu. Askar itu sentiasa membawa kertas itu ke mana sahaja beliau pergi...menandakan betapa dia menghargai apa yang ditulis oleh rakan-rakannya dan membuatkan dia sedar akan kebaikan yang ada dalam dirinya.

Beliau adalah pelajar nakal itu.

Moral of the story:
Jangan fokus pada keburukan orang lain…fokus pada kebaikan mereka.

Ok berakhir cerita kedua. Akan bersambung dengan Cartime Story 3.

No comments: