Ziyad sangat meminati cerita Dora The Explorer. Cerita ini ada di TV9. Jika di TV9 ceritanya dialihsuara ke BM, jadi kadang kala agak kelakar translationnya. Jadi kami biasanya belikan VCD dan DVD siri Dora tanpa translation untuknya.
Ada beberapa VCD dan DVD siri Dora The Explorer yang kami belikan untuk Ziyad. Dia sangat suka menontonnya sehinggakan kami pula yang bosan dengan Dora. Saya sudah tersangat familiar dengan watak dalam siri Dora - Dora dan backpack nya yang menyimpan banyak peralatan, monyet yang bernama Boots, fox bernama Swiper, Map (yang akan menyanyi, i'm the map, i'm the map) dan beberapa watak pembantu lagi.
Sukanya Ziyad dengan siri Dora hinggakan apabila belajar Iqra' dan tiba di huruf 'dha' dia akan cakap, 'dha' untuk 'Dora' atau 'dha' untuk 'door gate' (Door gate antara perkataan yang disebut-sebut dalam salah satu siri Dora). Satu hari ketika Anwar di dapur, Ziyad bersama Anwar di situ. Ketika itu ada seekor lipas (tension!) dan Anwar cuba memukul lipas itu. Tahu tak apa komen Ziyad selepas itu?
Katanya, "wow, that was close."
Itu juga antara kata-kata yang selalu disebut Dora dan Boots ketika pengembaraan mereka.
Oh..tidur Ziyad juga bertemankan Dora. Ada buku cerita Dora yang akan dia minta kami bacakan - berulang-ulang kali. Rasanya tak lama lagi saya boleh hafal buku tersebut.
Tapi sekurang-kurangnya siri Dora The Explorer boleh menjadi salah satu alat bantu mengajar untuk Ziyad. Jadi kami tiada masalah sangat kalau dia meminati cerita sedemikian. Lagi pula saya memang cuba untuk mengurangkan minat Ziyad pada cerita Ultraman dan Power Rangers. At least dengan adanya Dora, ada alternatif untuknya.

4 comments:
ziyad suka dora yer.. kalau amin pulak dia suka diego.. sepupu sepapat dora tuh :) actually amin suka sgt dgn binatang.. diego tu kan kejenya suka selamatkan binatang.. kalau tgk diego khusyuk giler... :)
Ziyad suka Dora sebab banyak benda baru kot...dora kan the explorer
hahaha! mickey mouse club, layan tak? little einstein?
mickey mouse layan gak tapi dora juga yg jadi idaman esp kalau dora jadi princess dora..hehe
Post a Comment