Hari Jumaat yang lalu, 5 Mac 2010, Fahim menyambut hari lahirnya yang ke -5.
Fahim lahir pada 5 Mac 2005 di Ampang Puteri dengan berat 2.75kg. Anak sulung, sudah pastilah kami tiada pengalaman menjaga anak kecil apatah lagi baby. Saya ingat lagi, ketika masih di hospital, saya tidak berani untuk mengambil Fahim dari cotnya. Perlu orang lain yang ambil dan letak di pangkuan saya.
Sedari awal mengandung, saya sudah katakan pada Anwar, anak lelaki saya nak namakan Fahim. Cuma apabila lahir kami tetapkan namanya, Ahmad Fahim Naufal.
Fahim, dia sensitif. Kalau hendak menegurnya perlu berhati-hati dengan perkataan dan nada yang digunakan. Setiap teguran perlu dijelaskan kenapa dan biasanya dia akan menerima jika ditegur dengan cara begitu. Dari kecil hingga sekarang dia suka bertanya hingga dia puas hati dengan jawapan yang diberikan. Jadi kami perlu sentiada pastikan jawapan kami berada di landasan yang betul. Dia juga mudah faham dan terang hati berpadanan dengan namanya, Fahim yang bermakna 'yang faham'. Kini bila dia menjadi abang, dia nampak makin matang dan bertanggungjawab. Oh...dia seorang yang pemalu dengan orang yang tidak dikenalinya. Dia suka berborak tapi pastinya dengan orang yang dia kenal sahaja.
Fahim, dia suka belajar sejak dari kecil. Tidak perlu dipaksa untuk membaca buku, buat homework atau belajar. Biasanya dia tahu apa yang perlu dia beri keutamaan. Sebab itu kami tiada masalah kalau dia meminta dibelikan buku, baik buku mewarna, buku aktiviti atau buku cerita kerana kami tahu dia akan menggunakan buku-buku itu tanpa disuruh. Dia juga rajin mengajar adik-adiknya belajar. Saya perlu berterima kasih pada Fahim kerana dalam hal ini dia memberikan pengaruh positif pada Ziyad dan Munif. Melihatkan perkembangan Fahim, terasa cepat betul masa berlalu.
Selamat hari lahir Fahim. Sayang Fahim.

2 comments:
wah macam munief la time kecik
tuhla..saya pun baru perasan bila letak gambar nih
Post a Comment