Sunday, February 28, 2010

Berlalunya Februari 2010

Mac bakal menjelang dan Februari 2010 akan berlalu.

Bulan Februari, Munif mula mendapat skill baru, mengensot ke seluruh rumah dan mengejar apa2 sahaja yang menarik di matanya. Sekarang dia cuba-cuba pula untuk merangkak. Kalau abang-abangnya bermain, bulat matanya memerhatikan kedua mereka.

Ziyad pula ralit dengan hobi lamanya iaitu bermain puzzle. Tahun lepas puzzle menjadi kegemaran Fahim dan Ziyad. Kalau ke kedai, tak perlu dibeli mainan lain. Puzzle sudah mencukupi. Selepas beberapa bulan, Ziyad kini kembali dengan puzzlenya. Leka dia menyusun puzzle seorang diri.

Fahim, masih sama, rajin dan bertanggungjawab. Cuma kini dia suka mengusik Ziyad. Kala Ziyad leka menyusun puzzle kadang-kadang Fahim datang mengganggu. Tak tahulah kenapa. Mungkin juga dia terasa tiada teman untuk bermain lantaran Ziyad terlalu sibuk dengan puzzle-puzzlenya. Dengan Munif, dia menjadi abang yang terbaik. Sayang betul dia pada Munif.

Saya dan Anwar seperti biasa sibuk dengan kehidupan di pejabat dan rumah. Terasa tidak menang tangan menguruskan hidup seharian. Oh..penghujung Februari juga kami kehilangan 'pembantu' kami. Beberapa hari ini baju2 dibasuh secara manual disebabkan 'pembantu' kami yang meragam. Memang penat tapi untuk sementara waktu terpaksa dihadapi sementara menunggu 'pembantu' kami kembali.

Rasanya posting ini akan menjadi penutup tirai tulisan di bulan Februari 2010.

2 comments:

m-i-o said...

jijie biasa beli puzzle kat mana?

ziyad sy leka dengan puzzle jugak, tp yg simple2 macam shapes, alphabets. teringin nak cari lagi tapi tak jumpa yg berkenan.

JiJie said...

kat kedai buku...kadang2 gerai2 kat shopping kompleks pun ada jugak..puzzle nih best..mengajar dia org fokus