Thursday, March 11, 2010

Sambutan hari lahir Fahim

Ringkas sahaja tahun ini. Untuk kawan2 Fahim di Q Dees kami dah siapkan goodie bag dan tempah kek untuk dia share dengan kawan-kawannya. Hanya pilih kek dari gambar2 yang ada dan minta orang kedai itu deliverkan di Q Dees. Kami sendiri pun tak tengok macammana rupa kek yang sebenarnya. Kek itu untuk meriahkan sambutan hari lahirnya di Q Dees tapi Fahim sendiri tak makan pun kek birthday nya. Dia tak suka kek.

Sehari selepas itu, ada satu lagi sambutan kecil-kecilan di rumah atuk dan nenek Fahim. Tiada majlis besar, cuma kami dan family Anwar saja. Kali ini hadiah Fahim kebanyakannya untuk belajar. White board dan buku-buku cerita. Ada juga kapal terbang dan baju. Untuk baju, Ziyad pun dapat sekali. Kapal terbang pula, sebaik sahaja dibuka terus Ziyad yang main. Nasib baik Fahim tak kisah kerana dia ada white board dan buku-buku yang boleh difokuskan.

Kami masih berhutang satu hari untuk Fahim. Mungkin waktu cuti sekolah nanti kami akan bercuti 1 hari dan bersama Fahim berjalan-jalan. Cuma belum ada idea hendak ke mana. Tempat macamana yang sesuai utuk budak berusia 5 tahun?

Hadiah dari kami untuk Fahim pun belum dibelikan. Cuma sehari sebelum birthdaynya Fahim minta dibelikan pencil box baru untuknya. Kalau itu dikira hadiah birthday, senanglah kami. Tapi Fahim pun dah tak minta apa-apa. Agaknya dia pun dah tak kisah.

Nanti kita jalan-jalan ek Fahim.

3 comments:

Hany FF said...

happy birthday fahim. 5 mac ari tu kan? :)

encem tul fahim kecik2. dah besar, moga jadi anak soleh!

baguih betui mintak hadiah pencil case je. heheh

JiJie said...

makcik hany nak bagi hadiah apa ek?...eheh

areyou said...

happy birthday fahim!! ajak ummi gi zoo or aquaria or petrosains... mesti best :)