Tuesday, April 6, 2010

Ukhwah

Semasa di Makkah dan Madinah, saya tersentuh dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh jemaah wanita Turki. Terasa akrab dengan mereka walaupun tidak faham bahasa masing-masing. Mereka mudah menunjukkan kemesraan mereka. Saya biasa dipeluk dan dicium oleh mereka apabila duduk bersebelahan dengan mereka ataupun selepas selesai solat. Terasa eratnya ukhwah yang terjalin ketika di sana. Satu lagi yang menarik minat saya pada jemaah Turki ini ialah kemesraan yang dapat dilihat pada pasangan suami isteri terutama mereka yang sudah berusia. Walaupun sudah berusia, tapi nampak begtu mesra dan dekat. Kagum saya. Si suami nampak begitu melindungi isterinya.
Tidak dapat dinafikan bukan jemaah Turki sahaja yang begitu...tapi mereka yang saya nampak begitu ketara di mata saya.
Bila membaca kisah ustaz Hasrizal di Turki...terasa ingin ke sana.

Di Makkah saya juga sempat berkenalan dengan seorang pelajar dari Pakistan. Nabilah namanya. Kebetulan pula...saya Najibah dah dia pula Nabilah. Pada ketika itu usianya 22 tahun dan beliau mengerjakan haji bersama ibu dan abangnya. Perbualan kami agak lama dan lebih mudah pula kerana beliau boleh berbahasa Inggeris. Beliau sangat open dan senang bercerita.

Nabilah anak yang bongsu dalam keluarganya. Dan katanya ayah dan abang-abangnya begitu menjaga beliau. Beliau tidak akan dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani anggota keluarga lelaki. Walaupun bersama dengan ibunya sahaja pun tidak dibenarkan. Nabilah ada menceritakan pada saya, selepas habis belajar dia tidak dibenarkan bekerja. Dan beliau akan dicarikan jodoh oleh keluarganya selepas itu. Tapi pada Nabilah dia tiada masalah dengan arrangement yang ditetapkan oleh keluarganya dan dia faham akan tanggungjawabnya. Kagum saya dengan beliau.

Juga di sana saya sempat berkenalan dengan seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Iran. Mina namanya. Kata beliau, di sini (Makkah) juga adalah tempat untuk kita menjalinkan ukhwah sesama Muslim.

Saya rindu!

5 comments:

Ummu Auni said...

aku pun jumpa seorang lecturer iran, namanya sumeiya. dia pensyarah tafsir quran. masa aku baca quran, dia tengok je, lepas tu tegur aku. then, dia explain ayat yang aku baca satu persatu in depth. masya Allah.

ieka said...

jom.. buat kembara bumi iran plak :p

SMM said...

salam ziarah salam ukhuwwah :)

JiJie said...

Aini, yg pensyarah ini pun dia hafal banyak ayat dlm Al Quran

Ika...jom jom kita buat Delegasi... Bumi Iran / Turki ke

Mynie
Selamat berkenalan juga...saya suka baca ur blog..banyak new knowledge

mummy aisyah ainaa said...

nak ikut delegasi.

iran/ turki/mesir/jordan