Sunday, January 31, 2010

Cuti

Sudah lama kami tidak pergi bercuti. Rasanya sepanjang tahun 2009, kami tak ke mana-mana. Kalau balik kampung dinamakan pergi bercuti, kiranya adalah juga kami pergi bercuti tahun 2009.

Sempena cuti yang agak panjang minggu ini (weekend, thaipusam, hari wilayah), kami ke Tiara Beach Resort. Kalau ke sana pastinya bermain air dan yang paling seronok tentu Fahim & Ziyad.
Sampai terketar-ketar badan kesejukan tapi tetap nak teruskan main air lagi.

Bila melihat mereka bermain air, saya dapat melihat dua personaliti yang berbeza antara Fahim & Ziyad. Fahim seorang yang berhati-hati. Kalau dia rasakan ada tempat yang agak dalam dia tak pergi berseorangan tanpa Anwar. Dan kalau Anwar sibuk memerhatikan Ziyad, Fahim boleh ajer bermain air seorang diri tapi dia akan memilih tempat-tempat yang sesuai untuknya.

Ziyad pula sangat adventure. Dia berani bermain di mana sahaja. Oleh itu Anwar perlu lebih fokus kepada Ziyad. Ziyad tidak peduli samada ada orang bersamanya atau tidak. Kalau dia dah tetapkan diri untuk ke sesuatu tempat, itulah yang akan ditujunya.

Personaliti kedua mereka memang melengkapi antara satu sama lain.

Munif, usianya baru mencapai 5 bulan. Dia belum dapat merasakan keseronokan kedua abangnya. Tunggu sahaja tika dan waktunya, saya dan Anwar akan berdepan dengan cabaran baru.

Friday, January 29, 2010

Tulisan positif

Bulan ini saya banyak menulis di sini. Sebenarnya saya memang bertekad untuk menulis sekerap yang boleh di sini. Bila saya baca kembali kebanyakan tulisan saya kebanyakannya indah belaka. Seolah-olah tiada masalah, stress, tension, marah dan sebagainya.

Saya juga manusia biasa. Kehidupan saya dan keluarga ada pasang surutnya. Anak-anak saya juga tidaklah perfect 100%. Mereka juga seperti kanak2 lain ada kerenah dan perangai yang memeningkan kepala.

Tapi bila menulis di sini saya tidak mahu menulis yang negatif. Saya mahu apabila saya membaca kembali semua tulisan saya sini dan sekiranya anak-anak saya membacanya satu hari nanti ada pengajaran yang dapat diambil. Juga dapat menjadi terapi dan peringatan kepada saya apabila saya mula berfikiran negatif.

Contoh yang terdekat, apabila saya keletihan dan kepenatan melayan anak-anak saya, dengan menulis di sini dan membaca kembali posting berkenaan mereka, saya tahu mereka sebenarnya anak-anak yang baik. Kenapa saya perlu melihat yang negatif sedangkan banyak benda positif yang boleh difokuskan.

Saya perlu sentiasa bersyukur.


Thursday, January 28, 2010

Tidurlah sayang

Sudah beberapa malam saya gagal tidurkan Munif. Biasanya dalam pukul 9.30 malam - 10.00 malam saya akan tidurkan Munif. Tak kiralah dengan cara menyusu atau dodoi.

Tapi beberapa malam ini segala cara saya cuba untuk tidurkan dia tidak berjaya. Kadang-kadang tengok dia dah lelap tapi bila letak, tak lama selepas itu dia akan bangun. Ada kalanya 5, 6 kali jadi begitu...menyusu, lelap, letak, jaga - dodoi, lelap, letak, jaga. Satu lagi walaupun nampak dia dah tidur, tapi kalau ada bunyi suara Fahim & Ziyad, mudahnya dia terjaga. Kalau dia terjaga sebab itu, matanya akan bulat kembali dan proses menidurkan Munif akan kembali sukar.

Biasanya bila sampai waktu tidur Munif, saya akan masuk bilik supaya dia tak terganggu dengan suara abang-abangnya. Tapi Munif ni, sangat alert dengan suara abang-abangnya walaupun perlahan. Agaknya dia pun dah teringin nak bermain bersama Fahim & Ziyad.

Jadi apabila banyak percubaan saya gagal, Munif kenalah dipasskan pada Anwar. Dan biasanya Anwar lebih berjaya menidurkan Munif dari saya.

Wednesday, January 27, 2010

Ingat Allah

Fahim dan Ziyad sekarang mempunyai hobi baru - main PS2. Kalau hari minggu lama juga mereka dengan PS2 tapi hari-hari lain saya limitkan masa mereka dengan PS2.

Satu malam, kami baru tiba di rumah. Terus sahaja Fahim & Ziyad mengadap game. Waktu maghrib dah nak masuk. Anwar bersiap-siap untuk ke surau. Biasanya Fahim rajin mengikut Anwar ke surau. Tapi malam itu Fahim begitu ralit dengan PS2 hinggakan bila diajak ke surau dia tak mahu mengikut. Saya biarkan dulu dia dengan PS2nya.

Selepas habis bermain, saya katakan pada Fahim : Fahim, kalau kita nak buat apa-apa pun yang penting kita kena ingat Allah dulu. Fahim tadi boleh ikut abah ke surau, lepas tu balik rumah sambunglah main game balik.
Fahim diam ajer, agaknya dia tengah absorb apa yang saya cakap.

Malam esoknya, kami tiba di rumah juga ketika waktu maghrib. Anwar bersiap-siap untuk ke surau. Ziyad nak main game. Tapi Fahim cakap pada Ziyad: Ziyad, mana boleh main game sekarang. Kena ingat Allah dulu barulah Allah sayang. Lepas balik surau baru kita main game ok.

Mendengar kata2 Fahim seperti satu peringatan untuk diri saya sendiri.
Moga hati2 kita semua sentiasa mengingati Allah.

Tuesday, January 26, 2010

Ustaz Abah

Semalam Ustaz Zul tak dapat datang dan minta ganti hari lain. Memandangkan Fahim & Ziyad dah ready untuk belajar mengaji, ustaz abah terpaksa menjadi pengganti ustaz Zul.

Lebih kurang setengah jam ustaz abah mengajar Fahim dan Ziyad di dalam bilik. Saya dan Munif tak mengganggu mereka. Sesekali menjenguk, nampak Ziyad sedang belajar dengan ustaz abah. Ziyad nampak tekun. Fahim pula sedang mengulangkaji sendiri sementara menunggu giliran dengan ustaz abah.

Seronoknya tengok mereka belajar. Kalau macam ini ustaz abah bolehlah teruskan menjadi ustaz untuk Fahim dan Ziyad. Lagipun bersama ustaz Zul hanya dua kali seminggu. Hari-hari lain ustaz abah boleh bantu.

Lepas belajar dengan ustaz abah, Ziyad keluar dan beritahu saya,"Ummi malam ni Ziyad jadi budak baik."

Nota:

Ustaz abah = Anwar = abah kepada Fahim, Ziyad & Munif

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Saya pada mulanya tidaklah berminat sangat berkenaan SBT ini. Tapi since Anwar beritahu (banyak kali pulak tuh) sekolah dia salah sebuah sekolah yang terpilih sebagai SBT dan dengar radio tadi pun ada cakap pasal SBT tiba-tiba saya terjebak untuk ambil tahu pasal SBT ini.

Jadi saya pun buatlah research sikit. SBT lebih kurang seperti memberi lebih kebebasan kepada sekolah yang terpilih dari segi kewangan, kurikulum, pengajaran dan kakitangan sekolah sendiri. Sehinggakan waktu persekolah juga boleh disesuaikan dan akan ada juga kemungkinan pelajar yang cemerlang boleh menghabiskan persekolahan lebih awal dari yang ditetapkan.
Pasti apabila terpilih dalam golongan SBT tentunya bantuan kewangan yang lebih akan disalurkan kepada sekolah-sekolah ini.
Setakat ini 20 sekolah telah dipilih sebagai SBT. Kemungkinan akan bertambah dari tahun ke tahun dan sekolah2 lain juga boleh bersaing untuk merebut tahap SBT ini.

Itu yang saya tahu serba sedikit pasal SBT. Menarik juga jadi lepas ini kena tengok perlaksanaannya pula. Harap2 dalam kesibukan mengejar prestij sekolah2 lain tidak dilupakan. Lagi pula kalau ikutkan senarai sekolah yang terpilih merupakan sekolah2 yang sedia hebat.

Bagaimana pula agaknya dengan sekolah2 yang 'tidak hebat' dan tiada prestij nanti?

Saya: Moga anak2 saya mencapai tahap berprestij dunia dan akhirat..insyaAllah

Satu hari bersama Ziyad

Kami berdua bercuti. Fahim dan Munif ke rumah penjaga mereka. Ziyad bersama kami.

Sebenarnya plan untuk bersama Ziyad sudah dibuat dari awal. Tapi ada halangan dan baru kali ini berkesempatan. Jika diikutkan plan asal, sepatutnya kami bercuti pada 15 January sempena hari lahir Ziyad yang ke-3.

Kami keluar dari rumah awal. Usai bersiap kami menuju ke KLCC. Mulanya kami bercadang membawa Ziyad ke Petrosains tapi lupa pula Petrosains tutup pada hari Isnin. Oleh itu pelan asal terpaksa diubah dan kami menuju ke Aquaria.

Ziyad happy bersama kami satu hari. Manja. Bila lagi dia boleh mengambil kesempatan sebegini. Oleh kerana memang hari itu dirancang untuk bersama Ziyad, jadi dia dapat layanan first class dari kami. Mudah ajer melayannya kerana dia sendiri tak banyak kerenah.

Keluar dari Aquaria, kami minta dia memilih sendiri cenderamata untuk dibeli. Jimat poket kami. Cenderamata yang dipilih hanya berharga RM7.00. Mulanya minta dia pilihkan yang lagi mahal tapi yang murah itu juga dia berkenan.

Monday, January 25, 2010

Memberi salam

Biasanya bila kita menghantar surat (ada lagi ke orang tulis surat?), sms, email akan dimulakan dengan memberi salam. Dan salam yang ditulis pelbagai contohnya a'kum, askum, salam dan lain2 lagi.

Tapi bagaimana ye orang yang menerimanya nak membaca perkataan-perkataan tersebut. Sebagai contoh, kalau mulakan email dengan salam....orang yang menerima akan baca salam juga kah atau menjawab waalaikummussalam. Saya keliru. Dan kalau gunakan perkataan singkatan perkataan seperti a'kum dan askum, bagaimana nak dibaca? Dan macam mana pula nak menjawabnya. Sedangkan kalau memberi salam di alam realiti kita akan menyebut penuh...Assalamualaikum bukannya a'kum, askum dan lain-lain.

Oleh itu saya cuba dan terus mencuba untuk menulis dengan perkataan yang penuh iaitu Assalamualaikum. Sekurang-kurangnya saya dan penerima email dan sms saya tidak keliru dan makna sebenar dapat diterjemahkan.

Terfikir: Kalau dari sudut agama, apa hukum penggunaan singkatan2 perkatan seperti di atas?

Note: saya tulis berkenaan perkara ini kerana tadi ketika menghantar sms saya mulakan dengan menulis perkataan salam...sebab saya sendiri sudah terikut2. Jadi posting ini untuk peringatan saya.

Thursday, January 21, 2010

Homework

Bila masuk 5 tahun ini, Fahim dah start ada homework. Biasanya kalau ada homework Fahim akan siapkan awal-awal di rumah penjaganya dan apabila waktu malam biasanya homework dah siap. Jadi saya malam-malam hanya check saja buku homework dan monitor progress buku reading English & Malay Fahim.

Tapi malam semalam, ketika kami semua dah tidur, tiba-tiba dengar bunyi Fahim teresak-esak. Dia menangis. Saya yang dalam keadaan mengantuk tanyalah kenapa dia menangis. Dia cakap kerja dia tak siap lagi, tapi tak ada orang nak teman dia buat kerja (lampu semua dah tutup). Saya pelik, rasanya bila tengok buku homework dia semua dah siap, apa lagi yang belum complete. Mulanya saya suruh dia tidur tambah pula saya sendiri pun dah mengantuk. Tapi sedu sedan dia makin kedengaran.
Akhirnya, melawan perasaan malas dan mengantuk, saya pun ajak dia turun ke bawah dan temankan dia buat kerja yang katanya belum siap.

Rupanya, kerja yang belum siap ialah colour gambar2 dalam buku homework. Rasa saya itu tak perlu pun sebab writing yang lain dah siap tapi pada dia itu penting. Dia tak sempat colour kat rumah penjaganya sebab pencil colour nya tertinggal di rumah kami. Agaknya sebelum tidur dia baru teringat itu yang start menangis. Kata Fahim, kena buat malam ini juga sebab esok teacher nak kutip buku homework.
Kata saya dalam hati :Tapi Fahim teacher tak marah pun kalau tak colour sebab Fahim dah siap homework writing yang teacher suruh buat.

Tak apalah...yang penting, dia senang hati ke tadika.

Wednesday, January 20, 2010

Rutin

Saya pernah dan cuba adakan rutin untuk aktiviti saya sehari-hari.

Contoh rutin yang pernah saya ikut:
di zaman sekolah,
hari minggu selepas Subuh ialah masa ulang kaji bahasa Arab
sebelum tidur adalah masa untuk ulang kaji sejarah
waktu petang ialah masa membuat homework
selepas asar masa mengadap tv
rutin2 ini kekal sehingga tamat sekolah

Selepas itu tak banyak rutin yang saya setkan.

Tapi sekarang rutin penting dalam kehidupan saya sehari-hari. Kalau tidak banyak benda yang tak terbuat dan organize. Lagi pula masa yang ada untuk menguruskan aktiviti di rumah amat terhad terutamanya pada hari bekerja.
Biasanya kalau sesuatu perkara dah jadi rutin, diri tak akan rasa susah untuk melakukannya sebab dah biasa. Cuma ada kalanya kena flexible juga supaya tak terlalu stress untuk mengikut rutin sehari-hari terutama dalam keadaan yang tidak terjangka.

Emm..apa lagi rutin yang perlu saya tetapkan?

Hadiah


Hadiah sempena hari lahir Ziyad yang ke -3. Tapi Fahim pun dapat juga. T shirt dengan nama hadiah dari mak lang dan pak lang mereka yang ditempah di tinihani.blogspot


Tuesday, January 19, 2010

10 communication mistakes parents make

Artikel ini saya ambil di sini
http://parenthots.com/features/10-communication-mistakes-parents-make.aspx

1) Having low expectations.
If we have low expectations about the kind of communication we have with our children then we are not going to push ourselves to make it better.

2) Not being able to move forward.
This is related to the low expectations. For example, if there are some issues with our children and we keep bringing up events in the past, we are not able to transcend beyond what has happened in the past, then we are going to get stuck.

The best thing is to just tell yourself, “Today is a new day”. We just have to leave the past in the past. We need to give communication with our children a good chance every day.

We need to keep in mind that change begins with the smallest of things and when we say things could be better, it's not going to be better overnight. If communication has broken down for many years, then we cannot expect it to be better overnight.

3) Jumping to conclusions.
We should allow our children to explain the situation instead of making assumptions and jumping to conclusions.

4) Be specific.
If we are not happy about something, we need to be specific about what it is we are unhappy about rather than generalising and accusing them by saying 'You always do this' or 'You never do that'. Not being specific and using ambiguous words will lead to miscommunication and jumping to conclusions.

5) Not being sensitive to our children's emotions.
When we are tired, angry or stressed, we tend not to be effective communicators. That's not a good time to communicate and there is a risk of being insensitive to their emotions. So, if you are tired or stressed, then wait until you feel better before communicating with your child. If it's not urgent, ask your child if you can talk about it later. If it's urgent, then you'll just have to do it then and there, of course.

6) Information overload.
We tend to communicate a lot of things to our children in one breath. Sometimes, we may not be happy about certain things that our children do and for some reason we don't communicate specifically what we are unhappy with. So it just piles up and piles up until one day we are so angry that it's like a dam breaking and everything goes out and we have forgotten what the specifics are. We don't even remember what we are angry with, and that's when we make generalisations and accusations. That is always something that we need to avoid.

Be specific. Don't say, 'You are lazy, you NEVER …'.

Words like 'never' – we really have to be careful of that.

You really need to be as specific as possible – what do you want them to do.

7) Not taking the chance to listen.
They need a chance to show us what they are capable of. And as much as we love them and are concerned that they might make mistakes, mistakes are the things that make people a lot wiser. So, we need to keep our concerns, worries and anxieties in check. Sometimes we just need to let them go, listen to them and allow them to make their own mistakes.

8) Not being able to rephrase.
Rephrasing is a very effective way to communicate. Effective communication takes place when the intended message gets to the receiver. But how do we make sure that this happens, because sometimes when somebody says something we might hear it another way. If you're not sure, say something to the effect, 'Do you mean to say that …' just to make sure you are on the same page. Being able to rephrase is important, regardless of how old the child is and especially with teenagers.

9) It's not just about listening; it's also about making a connection.
If we don't make the time to connect with our child, it's just a matter of time before there will be distancing between us and our child and then we cannot build trust and respect. Without trust we cannot impart the values we really want to impart to our children.

10) If there is more than one child, we need to spend time communicating with them individually.
When we have more than one, the elder ones are often given less attention. The child's age doesn't matter. Younger and older children need attention. Spend time individually with each child. Perhaps take each one out alone – time alone with mum or dad. Rotate them on a regular basis, perhaps monthly.

Taking time to do this solves a lot of problems, even issues like sibling rivalry that crop up in many families. When we make them feel like they're somebody and not like the rest of the siblings, somehow these issues disappear. If we want them to open up more to us we need to listen more rather than talk more.

Monday, January 18, 2010

Mari mengaji

Cuti sekolah sebelum ini kami daftarkan Fahim ke sekolah tahfiz. Tujuan utama tentulah untuk belajar membaca Quran. Ketika cuti sekolah Fahim di sana dari pagi hingga ke tengah hari. Dan sempat mengikuti pembelajaran selama 2 minggu sehinggalah cuti berakhir.

Plan asal kami untuk meneruskan Fahim di sana tetapi bertukar ke sesi petang kerana pagi Fahim perlu ke Q Dees. Tapi plan ini berubah. Dan Fahim tidak lagi ke sekolah tahfiz. Banyak sebab kami bertukar fikiran. Yang utama kerana jadual Fahim menjadi terlalu padat dan kami risau dia akan stress dengan jadualnya sehari-hari.

Tapi pembelajaran ini perlu diteruskan. Jadi kami mengambil keputusan untuk menjemput ustaz ke rumah kami bagi mengajar Fahim. Ianya memudahkan Fahim dan kami sendiri. Bayaran mungkin agak mahal jika dibandingkan dengan belajar di sekolah tahfiz, tapi yang penting Fahim seronok untuk belajar mengaji. Lagi pula Ziyad juga boleh diselitkan sekali.

Harapan kami urusan ini dipermudahkan untuk kami, Fahim dan ustaz Fahim.

Dan Fahim bersemangat sekali untuk belajar. Malah malam pertama ustaz Zul dijadualkan datang, Fahim awal-awal lagi berpesan pada saya, "ummi nanti ustaz datang kena tutup aurat ok."

Dan apabila ustaz Zul tiba, arahan Fahim pada saya, "Ummi ustaz dah datang, ummi kena pakai tudung cepat."

Sunday, January 17, 2010

Gambar

Posting berkenaan haji diedit lagi. Kali ini ada tambahan gambar pula. Dah lama sebenarnya plan nak masukkan gambar2 yang berkenaan dalam posting haji tapi biasalah tak terbuat.
Dan sebenarnya gambar2 yang ada ini pun dimasukkan oleh Anwar.

Tak banyak gambar yang dimasukkan sebabnya guidelines untuk pemilihan gambar dalam blog ini ialah gambar2 yang tidak ada kami berdua di dalamnya. Jadi pilihan agak terhad dan kami masukkan saja gambar2 yang memenuhi spesifikasi dan bersesuaian dengan posting.
Untuk kenangan...bila rindu boleh baca kembali posting2 haji dan gambar2 yang ada.
Juga untuk ketenangan dan motivasi.

Saturday, January 16, 2010

Ziyad dah 3 tahun


15 Januari 2010 - Hari lahir Ziyad yang ke-3




15 Januari 2007 Ziyad dilahirkan dengan berat 2.85kg di An-Nur Bangi dengan Dr Fatimah. Kami mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk memilih namanya. Ingat lagi petang itu, saya, adik, mak dan adik ipar berbincang berkenaan nama untuk diberi. Pelbagai nama yang dicadangkan dan banyak pula yang ditolak. Alasan ditolak pelbagai - sama dengan nama anak kawan, saudara, anak sepupu, kawan-kawan, 2 pupu, orang itu, orang ini dan pelbagai lagi. Dan akhirnya terkeluarlah nama Ziyad. Jadi saya cadang nama itu kepada Anwar (kami telah berjanji anak kedua Anwar yang akan membuat keputusan nama). Tepat 2 minggu, Ziyad didaftarkan dengan nama Ahmad Ziyad Nuwairi. Itupun setelah puas fikir dan research.





Ziyad semasa bayi amat mudah dijaga. Dia tak banyak meragam, kurang menangis dan boleh tidur sendiri. Semakin dia membesar Ziyad juga tidak banyak kerenah dan independent. Boleh bermain sendiri dan tidak takut dengan orang lain sehingga sekarang. Dan pasti kalau Ziyad dibawah ke tempat ramai orang, perhatian perlu diberi kepadanya kerana dia suka explore tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Satu lagi Ziyad kalau dia sukakan sesuatu itulah yang akan dibawa ke mana-mana sahaja. Jadi kami sudah biasa kalau melihat Ziyad tidur bersama pistol, patung ultraman, power rangers dan pelbagai mainan lagi.





Mendapat abang yang suka bercakap seperti Fahim, Ziyad mula bercakap di usia yang awal. Memang tak dinafikan proses pembesaran Ziyad banyak dipengaruhi oleh Fahim. Tapi dalam banyak keadaan Ziyad selalu banyak beralah dengan Fahim sebab dia kan adik dan satu lagi dia sendiri memang jenis tak kisah. Kalau menangis sekejap sahaja dan bila merajuk mudah dipujuk.





Alhamdulillah Ziyad mendapat susu ibu eksklusif sehingga usianya 1 tahun 6 bulan. Selepas itu saya dah mula campurkan dengan susu formula sebagai persiapan kami menunaikan haji tahun 2008. Ziyad tak banyak kerenah sepanjang tempoh itu. Tiada masalah dengan susu formula. Dan Ziyad berpisah dengan susu ibu ketika usia 1 tahun 10 bulan apabila kami berangkat ke Tanah Suci. Pertama kali berpisah dengan saya begitu lama. Apabila kami kembali ke Malaysia, kami dimaklumkan Ziyad demam panas pada minggu pertama peninggalan kami. Itulah pertama kali Ziyad demam panas yang agak teruk. Sebelum itu dia jarang jatuh sakit. Mungkin rindu dan mungkin juga kerana berpisah dengan susu ibu.





Oh...Ziyad sukakan lagu Barney....I Love You. Apabila mendengar lagu ini kami akan menyanyi bersama dan Ziyad akan memeluk dan mencium saya seperti mana karakter dalam Barney.




Sayang Ziyad

Monday, January 11, 2010

Facebook dan blog

Saya memulakan blog ini untuk mencoretkan kisah pengalaman haji kami. Facebook pula saya mulakan kerana teringatkan rakan2 di SHAMS sambil itu boleh juga mengetahui perkembangan sahabat2 lain yang dikenali.

Saya mula konsisten menulis dalam blog ini. Kadang-kadang rasa seronok pula menulis. Tapi saya cuba tapis apa yang saya tulis agar perkara2 peribadi tidak ditonjolkan.
Ada kala tak tahu juga nak menulis berkenaan apa...tapi ada masanya banyak idea pula timbul.

Facebook pula saya belum konsisten. Rakan2 SHAMS dan lain2 dah ramai yang saya jumpa dan add. Tapi belum berkesempatan (atau malas?) untuk update.

Saya kagum dengan mereka yang mampu menulis buku. Perlu kekuatan dan keazaman yang kuat untuk menyiapkan mengikut timeline. Saya pula hanya mempunyai status sebagai pembaca buku.

Apa2 ajer yang saya tulis ni..

Friday, January 8, 2010

Kisah SHAMS 3

Masih lagi dalam nostalgia zaman sekolah. Ini kisah pencetus kesedaran ketika Tingkatan 2 di SHAMS.

Di SHAMS, Bahasa Arab merupakan subjek tambahan yang perlu diambil. Oleh itu sekiranya di sekolah lain PMR hanya ada 8 subjek, kami pula ada 9 subjek. Dari mula belajar sehinggalah saya masuk ke form 2, saya sangat tidak meminati subjek ini. Tak minat satu hal, setiap kali exam atau test, result C & D adalah perkara biasa. Malas!! Hingga ada ketikanya saya minta tolong ayah untuk siapkan homework bahasa Arab.

Di tingkatan 2 saya di kelas 2 Ummu Salamah, masih all girls. Perasaan tidak minat dan malas belajar Bahasa Arab masih berterusan hinggalah satu kejadian yang saya tak akan lupa sampai ke hari ini. Agaknya ustazah dah fed up dengan result kebanyakan kami yang tak pernah mendapat even B akhirnya selepas satu ujian bahasa Arab, ustazah mula bertegas. Sesiapa yang dapat result D dan ke bawah kena denda bawa kerusi keliling bangunan sekolah. Dan nasib tidak menyebelahi saya, ketika itu result saya D. Maka saya terpilih di kalangan mereka yang bertuah itu untuk membawa kerusi keliling bangunan sekolah ketika sesi pembelajaran masih berjalan. Malunya tak terkata apabila student kelas2 lain melihat kami membawa kerusi. Kena gelak lagi. Mujurla ramai juga yang kena denda oleh itu malu kami dikongsi bersama.

Selepas kejadian itulah saya mula sedar. Saya tidak boleh berterusan seperti itu. Takkanlah saya nak melihat result PMR saya 8A 1C atau 8A 1D atau lagi teruk 8A 1E. Akhirnya saya bersama beberapa rakan memilih untuk mengambil tuisyen bahasa Arab. Dan saya sendiri tidak berhenti setakat itu. Setiap hari minggu selepas Subuh saya akan peruntukkan masa mengulangkaji subjek bahasa Arab. Saya menghafal, membuat latihan dan usaha ini berkekalan sehinggalah saya form 5.

Kejadian itu menyedarkan saya sedar usaha perlu digabungkan dengan tawakal. Akhirnya saya dapat memperbaiki result bahasa Arab saya sedikit demi sedikit dan alhamdulillah result PMR dan SPM saya tidak nampak 'cacat'.

Sebenarnya dari form 1 lagi apabila melihat result bahasa Arab saya yang sentiasa teruk, saya telah bertekad untuk keluar dari SHAMS selepas form 1. Saya ingin ke MRSM atau sekolah lain yang tidak ada bahasa Arab.
Tapi saya kekal di SHAMS dan bahasa Arab sehingga form 5 kerana saya tersedar dan disedarkan ketika di tingkatan 2.

Thursday, January 7, 2010

Kisah Munif


Munif kini dah masuk usia 4 bulan+. Sekejap saja masa berlalu. Perkembangan Munif setakat ini:



1) Dalam usia 3 bulan dan boleh meniarap dan 3 bulan+ dah bergolek2. Letak kat sini tengok2 dah bergolek ke hujung sana. Badan ringan mungkin.



2) Dari usia 3 bulan sehingga 4 bulan, Munif ada habit baru yang menguji stamina . Dia nak tidur berdodoi dan kena berdodoi berdiri. Tak boleh duduk. Lepas itu ada ujian lagi...kalau dia mengantuk bagi susu pun dia tak nak. Kena tidur sekejap dulu lepas itu baru boleh menyusu. Tapi sejak masuk umur 4 bulan, dia dah tinggalkan habit ini. Harapnya berkekalan.



3)Paling suka lagu 25 rasul (Raihan) terutama kalau dinyanyikan oleh Fahim.



4) Suka senyum apabila kita berborak dengannya.



5) Alhamdulillah masih exclusive susu ibu



6) Suka ada orang bersamanya. Kalau ramai orang biasanya dia sangat behave



7) Tak suka tidur siang. Kalau tidur pun sekejap-sekejap jer.




Munif jadi kesayangan Fahim. Kalau saya sibuk membuat sesuatu dan Munif dah start mengeluarkan 'bunyi', biasanya saya minta Fahim tolong jagakan Munif sekejap. Tapi Fahim pun kalau dia buat macam2 Munif tak berhenti 'berbunyi', dia tinggalkan juga Munif.



Ziyad pun sayang Munif. Dia suka sangat 'kiss' Munif. Kiss pada Ziyad ialah cium di pipi. Jadi pipi Munif sentiasa menjadi sasaran Ziyad.



oh..malam semalam, Fahim ada cakap.."abah ini kalau Munif nangis terus pujuk. Kalau Fahim nangis tak pujuk pun."


Wednesday, January 6, 2010

Kisah kahwin

3 kisah kahwin untuk difikir2kan

Kisah 1
Tetamu sudah mula ramai memenuhi jemputan tuan rumah. Ada sesetengah tetamu ingin berjumpa dengan pengantin. Malangnya pengantin perempuan sedang disolek oleh mak andam. Pintu bilik pengantin dikunci mak andam agar kerja mereka tidak diganggu. Tetamu yang berkesempatan masuk ke bilik pengantin tidak dapat beramah mesra dengan pengantin lantaran pengantin tidak boleh bergerak. Mata tidak boleh dibuka kerana solekan di mata belum selesai. Akhirnya ramai tetamu yang kecewa tidak dapat berbual dan berjumpa dengan pengantin.
Tetamu yang datang diraikan oleh ibu bapa pengantin sahaja.

Kisah 2
Tetamu makin ramai membanjiri rumah pengantin. Pengantin sedang bergambar di pelamin. Selesai bergambar di pelamin, mereka ke meja makan untuk makan beradab. Selepas itu menukar pakaian, bersolek lagi dan menjalani sesi bergambar di tempat lain. Tetamu yang datang tidak sempat beramah mesra dengan pengantin dan ada yang tidak dapat berjumpa dengan pengantin. Tetamu diraikan oleh ibu bapa pengantin sahaja

Kisah 3
Pengantin perempuan bersiap sebelum zohor dan bersanding, bergambar, makan dan berjumpa dengan tetamu. Pengantin beramah mesra dan melayan tetamu sehingga ke petang dan sedar2 sudah tiba waktu Asar. Pengantin perempuan masih dengan pakaian pengantin dan solekan juga belum dibersihkan. Sembahyang Zohor entah ke mana. Nak kata cuti rasanya tadi sempat buat majlis khatam Quran.

Ketiga2 kisah di atas hanyalah sedikit dari kisah2 kahwin yang kita hadiri. Kisah 1 dan 2, tetamu tidak berkesempatan berjumpa dengan pengantin lantaran pengantin sibuk dengan pelbagai acara. Kisah ke 3 amat menyedihkan jika solat ditinggalkan di permulaan gerbang perkahwinan.
Terfikir sekejap...apa sebenarnya tujuan kenduri kahwin diadakan.

Nota untuk diri:
Rasanya kenduri saya dulu ada juga sedikit kisah 1 dan 2 walaupun bukan semua.

Kisah SHAMS 2

Ini kisah dulu-dulu, kisah di awal remaja - Tingkatan 1 di SHAMS

Semasa di form 1, saya di kelas 1 Aisyah. Kelas ini semua student perempuan. Ada 6 kelas semuanya. Kecuali 1 Aisyah dan 1 Khadijah kelas yang lain semua mix - boys & girls.

Ini ialah kisah yang paling diingati sepanjang form 1. Sekolah saya ada buat pertandingan kelas tercantik dan terkotor. Setiap minggu pemenang kedua2 bahagian akan diumumkan setelah pemeriksaan dibuat oleh cikgu2 yang mengadili.

Kami masih di form 1...masih budak-budak lagi. Kelas pula semuanya perempuan. Tapi kami mencipta sejarah. 2 kali kami menjadi juara kelas terkotor. Malu yang teramat. Juara kelas tercantik boleh la terima. Tapi juara kelas terkotor...isk..malu betul. Satu sekolah tahu.
Dan kelas sebelah kami, 1 Ammar sibuk jadi tukang sorak apabila pengumuman dibuat.
Guru kelas kami, teacher Norma pun malu.
Oleh itu selepas 2 kali kami diumumkan juara, kami mula serius mencantikkan dan membersihkan kelas. Hasilnya kami tidak lagi menjadi juara.

Dan kami cukup berpuas hati apabila kelas jiran kami 1 Ammar juga akhirnya turut dinobatkan sebagai juara kelas terkotor. Kami tidak bersorak (kerana kami kelas perempuan so kena control sikit...hehe) tapi kami tetap gelakkan mereka.

Tersenyum sendiri apabila teringat kisah ini.

Monday, January 4, 2010

Fahim di Q Dees

4 Jan kami bercuti sempena hari pertama Fahim di Q Dees Prima Saujana untuk tahun ini. 2010 tahun ke dua Fahim di Q Dees dan kali ini akan memulakan kelas untuk umur 5 tahun.

Tiada masalah meninggalkan Fahim di Q Dees lagi pula dia dah biasa di sana. Tahun lepas ketika kami menghantar dia untuk umur 4 tahun, hari pertama dia ditinggalkan, kami juga tidak menunggu. Hantar dan terus beredar.

Jika tahun lepas kelas Fahim tak ramai, hanya 8 orang sahaja, tapi untuk tahun ini kami dimaklumkan ada 23 students untuk 5 tahun. Ramai juga itu. Harapnya Fahim ok berkenalan dengan kawan-kawan baru. Oh ya...kelas Fahim namanya En Einstein...tahun lepas Fahim di kelas En Shakespeare

Cepat betul masa berjalan. Lagi 2 tahun kena fikir untuk sekolah rendah Fahim pula...then tahun depan tadika Ziyad pula. Tapi kalau ikutkan plan kami tak akan hantar Ziyad ke tadika yang sama dengan Fahim. Di mana...akan kami fikirkan dulu sebabnya masih ada 1 tahun sebelum membuat keputusan...dan mungkin juga plan boleh berubah.