Monday, January 18, 2010

Mari mengaji

Cuti sekolah sebelum ini kami daftarkan Fahim ke sekolah tahfiz. Tujuan utama tentulah untuk belajar membaca Quran. Ketika cuti sekolah Fahim di sana dari pagi hingga ke tengah hari. Dan sempat mengikuti pembelajaran selama 2 minggu sehinggalah cuti berakhir.

Plan asal kami untuk meneruskan Fahim di sana tetapi bertukar ke sesi petang kerana pagi Fahim perlu ke Q Dees. Tapi plan ini berubah. Dan Fahim tidak lagi ke sekolah tahfiz. Banyak sebab kami bertukar fikiran. Yang utama kerana jadual Fahim menjadi terlalu padat dan kami risau dia akan stress dengan jadualnya sehari-hari.

Tapi pembelajaran ini perlu diteruskan. Jadi kami mengambil keputusan untuk menjemput ustaz ke rumah kami bagi mengajar Fahim. Ianya memudahkan Fahim dan kami sendiri. Bayaran mungkin agak mahal jika dibandingkan dengan belajar di sekolah tahfiz, tapi yang penting Fahim seronok untuk belajar mengaji. Lagi pula Ziyad juga boleh diselitkan sekali.

Harapan kami urusan ini dipermudahkan untuk kami, Fahim dan ustaz Fahim.

Dan Fahim bersemangat sekali untuk belajar. Malah malam pertama ustaz Zul dijadualkan datang, Fahim awal-awal lagi berpesan pada saya, "ummi nanti ustaz datang kena tutup aurat ok."

Dan apabila ustaz Zul tiba, arahan Fahim pada saya, "Ummi ustaz dah datang, ummi kena pakai tudung cepat."

No comments: