Friday, May 28, 2010

Saya bukan pakar tapi....

Negara boleh bankrap jika teruskan subsidi - betul ke?

Saya bukan pakar ekonomi...tapi negara bankrap bukan semata2 kerana subsidi. Apa yang penting...kerjasama (haha...itu version wonder pets ok).

Version saya...apa yang penting pengurusan kewangan yang betul. Memetik sedikit statement dari sahabat di facebook..."zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dulu, duit zakat sampai tak ada orang nak terima sebab urustadbir yang cekap."

Sebelum ini ada timbul isu pasal judi halal. Saya bukan pakar agama...tapi judi halal??? Adoiii....confuse, confuse, confuse (ini version upin ipin)

Keadaan menjadi semakin tidak 'best' (alahai...rosak BM saya) apabila selepas berita2itu keluar akan keluar pula statement yang menghalalkan statement2 asal. Lirik lagunya sudah boleh dijangka. Tiada lagi misteri. Lirik seperti itu kalau dibawa masuk bertanding Juara Lagu ke, AIM ke, pasti tak boleh menang. Sebab, lirik tidak kretaif. Mendatar saja. Sama. Boleh dijangka.

Titik. The end.

Sunyi

Tadi kami ke Serdang - rumah atuk dan nenek hero2 saya. Bila tiba waktu untuk balik, Fahim dan Ziyad tak nak ikut. Mereka nak tidur di sana. Jadinya, malam ini tinggallah kami bertiga - Anwar, saya dan Munif sahaja di rumah. Malam ini terasa sunyi.

Sudah biasa dengan suasana bising, bila tiada suara Fahim dan Ziyad terasa lain. Saya pasti Munif juga terasa kelainan tanpa abang-abangnya. Kalau ada Fahim dan Ziyad, dia agak ralit bermain...tapi bila dia seorang, dia sentiasa mencari orang untuk berada disampingnya.

Dalam keadaan macam ini pun sudah terasa sunyi. Macammana agaknya bila anak2 sudah besar dan sudah boleh hidup sendiri. Seperti keadaan kita sekarang. Sudah berkeluarga, ibu bapa pula di kampung. Akhirnya mereka kembali berdua. Dan mungkin satu hari nanti kita juga akan menempuh keadaan seperti itu.

Jauh pula fikiran saya melayang malam ini. Terasa sedih - untuk mak dan ayah...dan untuk diri sendiri.

Mereka rindu dan saya juga rindu.

Thursday, May 27, 2010

Cikgu = Guru = Teacher

Hari guru telah berlalu. Baru2 ini Fahim ada cakap nak beli hadiah untuk teacher...tapi saya dan Anwar pula lupa. Kasihan Fahim.

Bercakap pasal cikgu, guru, teacher....antara guru yang paling saya ingat ialah guru kelas saya semasa di darjah tiga. Kenapa beliau?

Sebab beliau guru yang sangat prihatin tentang solat anak2 muridnya yang waktu itu baru berusia 9 tahun. Ketika itu, kami sekolah petang. Oleh itu waktu solat Asar adalah ketika waktu pembelajaran. Kalau ketika itu beliau yang mengajar, kami semua diwajibkan ke surau untuk solat. Kalau bukan waktu beliau dan di kala itu tiada guru yang mengajar, beliau akan mengetuk pintu kelas kami dan menyuruh kami semua ke surau untuk solat asar.

Kerana ketika itu sentiasa di'paksa' oleh beliau untuk solat, jadi kerajinan untuk solat datang dengan sendirinya tanpa disuruh-suruh.

Ketika di SHAMS pula, kami juga diwajibkan solat Zohor berjemaah di masjid sekolah. Selepas selesai solat, waktu pembelajaran akan disambung kembali. Tiba waktunya, semua student berderet-deret ke masjid dan mereka yang 'bercuti' akan ditempatkan di bilik khas. Kadang2 ada pengisian yang diberikan...ada masanya hanya dibiarkan dengan kerja sendiri.

Terima kasih kepada semua warga pendidik yang telah mendidik saya selama ini. Dan terima kaish juga untuk teacher2 Fahim yang banyak mengajar dan membantu Fahim.

Tuesday, May 25, 2010

Tak ada cerita lain ke?

Mynie ada tulis pasal drama2 melayu yang jalan ceritanya sangat ' depressing'. Saya setuju.

Saya, kalau tengok cerita, saya akan avoid cerita2 yang sedih melampau. Saya tahu realiti kehidupan tak semuanya indah. Tapi saya tengok cerita untuk merelaxkan diri dan bukannya untuk meng'stress'kan diri.

Tiada masalah untuk buat cerita sedih...tapi kalau dah terlampau ekstrem saya memang tak akan tengok. Lagi pula bila tiba musim perayaan, drama khas untuk Hari Raya sangat menyedihkan. Bukankah hari raya ialah hari kemenangan, tapi drama kita penuh dengan kesedihan dan air mata. Boleh ajer dibuat jalan cerita anak yang derhaka akhirnya kembali ke pangkal jalan, isteri yang kembali ke pangkuan keluarga, suami yang akhirnya sedar kesilapan diri dan pelbagai ending yang positif.

Dan kini trend yang semakin menjadi-jadi ialah cerita seram. Sudahlah tu, ditayangkan pula waktu perdana. Kononnya untuk memberi pengajaran tapi rasanya lebih banyak yang menyesatkan dari pengajaran.

Lepas ini trend cerita apa pula agaknya.

Monday, May 24, 2010

Wall = Dinding

Mulanya di sini....
Kemudian mula beralih arah

Hasil seni mereka...

Inilah mereka yang dimaksudkan


Ibu bapa tidak boleh menyekat kreativiti anak.anak...bukan begitu?
(dalam hati...huhuhu)

Alasan

Alahai…bulan ini tak banyak pula update. Sebabnya mudah saja, notebook ada dalam beg jadi dek kerana malas untuk mengeluarkan notebook dari beg maka terabailah blog ini untuk beberapa hari.

Jadi kali ini, sebagai pemanas blog…saya senaraikan sebab-sebab blog ini tidak berupdate:

1) Seperti sebab di para 1 di atas
2) Munif suka join bila notebook dibuka
3) Asyik balik lambat jer...huhu
4) 3 hero kan baru sihat...layan dia orang dulu
5) Bercadang nak update gambar tapi asyik terlupa
6) Bila buka notebook jer, buat benda lain, camner nak update
7) Asyik baca blog orang lain
8) Malas...hehe

Aler semua di atas itu alasan jer....alasan, alasan, alasan.

Tapi betul kan...senang betul memberi alasan. Bukankah lagi senang kalau mengaku yang sebenarnya saja. Realitinya hidup kita penuh dengan alasan.

Thursday, May 20, 2010

Rindu datang lagi

Tiba2 rindu untuk ke sana lagi.

Hajat di hati teringin untuk ke sana mengerjakan umrah. Tapi hasrat itu perlu ditangguhkan dahulu. Satu hari, InsyaAllah akan ke sana lagi.

Bila rasa kelam kabut dan haru biru di sini...teringat di sana di mana hati sentiasa tenang. Setiap apa yang dibuat niat untuk ibadah. Di sini...bercampur aduk..kadang-kadang terfikir apa sebenarnya yang hendak dikejar.

Saya rindu untuk mengalami ketenangan seperti di sana. Rindu untuk mengalami jalinan ukhwah seperti di sana.

Memang betul...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Di sana setiap apa yang dibuat hati sentiasa mengingati Allah. Kalau di sini? Hati sentiasa ada pasang surutnya.


Rindunya....

Kata Fahim...Fahim nak simpan duit banyak2 sebab Fahim nak pergi Mekah. Nanti kita pergi sama-sama ok.

Wednesday, May 19, 2010

Akhirnya.....

Setelah 3 minggu hero-hero saya bergilir-gilir tidak sihat....kini mereka aktif seperti sediakala.

Tapi hujung minggu baru ini Fahim muntah2 satu hari. Saya dan Anwar sudah mula risau...takkan serangan kembali. Alhamdulillah..serangan tak berpanjangan dan adik2 nya yang berdua itu juga tidak dijangkiti. Terus terang saya agak fobia dengan serangan 3 minggu berderet2 ke atas 3 hero saya ini. Sangat mencabar fizikal dan mental. Risau, penat semuanya ada.

Minggu ini kesemua mereka aktif seperti biasa. Suasana juga bertukar dengan Fahim dan Ziyad yang bermain / bergaduh bersama, Fahim yang rajin dengan howework dan buku2nya, Ziyad yang suka bercoleteh dan memberikan komen yang pelik-pelik. Dan tidak lupa juga Munif yang gemar senyum dan sibuk untuk join abang-abangnya.

Saya tidak kisah dengan suasana rumah yang bising atau mereka bertiga yang tidak duduk diam. Pengalaman melihat ketiga2 mereka terlantar menyebabkan saya lebih rela mereka dalam keadaan sekarang...aktif dan lasak.

Oleh itu selepas ini saya perlu lebih memahami bahawa anak2 saya bising, lasak, aktif dan sebagainya kerana itu adalah sebahagian kehidupan mereka di alam kanak-kanak.

Monday, May 17, 2010

Masa ini baru 2 orang

Tengah buka2 file...jumpa gambar2 lama Fahim & Ziyad. Masa gambar-gambar ini diambil, mereka masih 2 beradik.



Dulu 2 kini 3.

Friday, May 14, 2010

Satu panggilan menganggu emosi

Kebetulan pula...pagi tadi saya kalah dengan emosi (ter'mengamuk' sekejap di office) dan malam ini Msia kalah dengan China di semifinal piala Thomas (tiada kaitan antara saya dengan piala Thomas cuma persamaanya hanyalah pada perkataan KALAH).

Tadi petang kebetulan terdengar perbincangan di radio. Saya tak pasti tajuk spesifik perbincangan tapi rasanya berkenaan keluarga. Saya tertarik dengan satu pertanyaan / meminta nasihat / panggilan telefon dari seorang pemanggil. Katanya isterinya sekarang mengandung tapi berbanding sewaktu mengandung anak pertama, untuk kali ini isterinya agak 'malas', selalu tertidur dan sebagainya. Beliau risau akan effect 'kemalasan' isterinya ini pada anak di dalam kandungan.

Panggilan ini membuatkan saya membebel seketika. Anwar menjadi pendengar setia. Sebabnya, wanita mengandung ada pelbagai senario. Penat, mengantuk, malas dan tertidur pada saya adalah perkara yang rata-rata dialami oleh wanita mengandung cuma mungkin tahapnya berbeza-beza. Dan sebagai seorang suami sudah pastilah beliau perlu memahami keadaan isterinya dan cuba membantu sedaya upaya.

Contoh...mungkin ada kalanya isteri tidak mampu membaca Quran sekerap yang boleh. Waktu inilah suami boleh tolong membacakan Quran untuk isteri agar anak di dalam kandungan dan isterinya dapat sama-sama mendengar dan mendapat manfaat. Bukankah ini akan menjadi pengalaman berharga untuk seorang suami dalam proses pertumbuhan anaknya.

Mungkin saya tidak betul2 memahami maksud pemanggil berkenaan dan saya juga tidak boleh menuduh pemanggil itu berdasarkan panggilan itu sahaja. Saya hanya bercakap secara general dan harapan saya 'kemalasan' isterinya itu tidak akan menganggu hubungan mereka.

Habis saya membebel...Anwar tersenyum....heheh

Wednesday, May 12, 2010

Kalah dengan emosi

Saya tidak boleh imagine bagaimana rasanya bertanding di satu pertandingan yang besar dengan tekanan besar tergalas di bahu.

Susah untuk mengawal emosi dalam keadaan tertekan. Kecoh bilamana Malaysia tewas dengan Jepun dalam pertandingan Piala Thomas. Ditambah pula dengan gelagat penonton yang gagal mengawal emosi mereka hingga menunjukkan isyarat yang tak senonoh dan begitu juga apabila salah seorang pemain juga gagal mengawal emosi.

Tiada salahnya menunjukkan emosi. Malah pada saya emosi penting dalam kehidupan seharian. Tapi kalau asyik tunjuk emosi yang negatif rasanya tension hidup kita. Ops..saya juga ada masanya terkeluar emosi yang negatif. Terutama bila dalam keadaan stress, tertekan dan sebagainya. Tapi biasanya bila terkeluar emosi negatif...biasanya selepas itu pasti akan rasa menyesal dan bersalah.

Contoh...apabila memarahi anak. Selepas itu pasti saya akan menyesal dan bersalah. Dan terfikir-fikir kenapa saya tak boleh cakap elok2 dan guna pendekatan yang lagi bijak. Dari segi itu ternyata saya gagal mengawal emosi saya. Sudahnya orang sekeliling menjadi mangsa.

Apa-apapun kalah dengan Jepun...memang memalukan.

Tuesday, May 11, 2010

Hero tak sihat 3

Fahim dah, Ziyad dah....kini Munif pula.

Petang bila ambil mereka bertiga, pegang Munif...terasa badannya badan. Hati saya dah mula risau. Takkan Munif pula yang demam. Di rumah...Munif tak aktif seperti biasa. Badannya panas. Malam itu badan Munif di lap dan kemudian diberi ubat. Saya menyusukan Munif seperti biasa dan dia akhirnya tertidur.

Sepanjang malam badan Munif masih panas tapi dia tetap bangun menyusu seperti biasa. Pagi esoknya..demam Munif tidak berkurangan. Jadi saya lagi sekali terpaksa mengambil emergency leave. Rasanya dalam 2 3 minggu ini sudah banyak hari saya ambil emergency leave. Kelam kabut rasanya.

Kami bawa Munif ke klinik dan seperti Fahim dan Ziyad, Munif dapat beberapa jenis ubat...ubat yang sama dengan abang2 nya. Penuh ubat di rumah saya sekarang ini. Satu hari menjaga Munif di rumah memang mencabar. Saya tidak boleh jauhnya darinya. Tidurnya juga sekejap sekejap. Dua kali dia muntah. Tapi alhamdulillah Munif tidak menolak susu saya. Dia menyusu seperti biasa.

Inilah kali pertama mereka bertiga tidak sihat secara berturut-turut begini. Kata Anwar...ini dugaan. Apa lagi boleh kami buat selain dari menghadapinya dengan sedaya boleh.

Wahai en virus...boleh tak hentikan serangan....kasihan mereka bertiga....

Monday, May 10, 2010

Money, money, money

Dalam paper hari ini ada tajuk, "Lelaki Muda Boros".

Menurut statistik punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi. Sebab ketiga terbesar ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan.

Pelik kan...biasanya yang sinonim dengan bab2 belanja duit biasanya perempuan tapi statistik menunjukkan sebaliknya.

Untuk perbelanjaan perubatan saya tak mahu komen lebih. Tapi kegagalan merancang kewangan dan penggunaan kad kredit yang melampau...rasa saya memang perkara yang biasa berlaku. Bila mula bekerja dan merasa pegang duit sendiri kadang2 ada orang leka hingga berbelanja sesuka hati tanpa memikirkan samada perbelanjaan itu merupakan keperluan atau keinginan. Keadaan lagi teruk bila mana hutang untuk bulan tersebut terpaksa dicarry forward ke bulan2 seterusnya.

Kalau saya...ada masanya saya juga terikut dengan keinginan untuk 'meghabiskan duit'. Tapi semua perasaan itu memang perlu dikawal untuk mengelakkan perbelanjaan diluar kawalan.

Jadi apa-apapun kesemuanya berbalik pada diri. Kalau mampu..berbelanjalah sesuka hati tiada masalah...tapi kalau dah hutang keliling pinggang perlu sedaya mungkin untuk berbalik ke pangkal jalan.

Saya rasa saya bukan seorang yang shopaholic...tapi saya suka baca buku Shopaholic Series. Best!!

Friday, May 7, 2010

Hero tak sihat 2


Semalam Ziyad muntah2 dan cirit birit. Hari ini...dia demam pula.

Ziyad yang aktif dan lasak. Ziyad yang gemar bercakap dan membebel. Ziyad yang obses dengan Dora. 2 hari ini, Ziyad terlantar sahaja. Penat kerana asyik muntah dan kini demam. Sunyi rumah bila Ziyad tidak aktif seperti biasa. Fahim juga kesunyian kerana tiada kawan untuk bermain dan bergaduh.

Kasihan Ziyad. Mulanya kami ingat dia sudah makin sihat bila dia tidak lagi muntah. Tapi bila datang demam, dia terlantar kembali. Selera makan juga tiada. Tapi air, kami paksa juga untuk dia minum. Mujur dia tak menolak air.

Harap Ziyad cepat sembuh. Rindu dengan Ziyad dan komen2 nya yang sesuka hati.

Wednesday, May 5, 2010

Hero tak sihat

Minggu lepas Fahim demam. Satu hari tak pergi sekolah. Bila malam Fahim kembali sihat cuma belum begitu aktif. Weekend Fahim biasa2 saya. Hari Isnin Fahim tak begitu bermaya. Tapi badannya tak panas. Jadi kami cakap pada Fahim, kalau tak larat tak payahlah pergi sekolah. Dia angguk saja.

Petang ketika ambil mereka bertiga, penjaga mereka beritahu Fahim muntah2 dan cirit birit. Nampak Fahim sangat tak bermaya. Cengkung saja mukanya. Kami risau. Tapi dia tak demam. Balik rumah Fahim baring sahaja. Tak makan dan minum. Malam itu Fahim tidur dan dia muntah sekali sahaja. Pagi esoknya saya ambil keputusan untuk urgent leave. Fahim masih tiada selera makan. Honey star menjadi breakfast Fahim. Bila petang Fahim mula meminta makanan. Tapi dia nak makan pizza sahaja. No problem...untuk Fahim pizza pun tak per.

Alhamdulillah bila malam Fahim dah kembali sihat. Homework disiapkan malam itu sebab Fahim dah ready untuk ke sekolah. Bila ustaz Khairil datang malam itu, Fahim pun join Ziyad belajar Iqra'.

Hari ini, Ziyad pula muntah2 dan cirit-birit. Bila semua yang dimakan dan minum dimuntahkan, Ziyad jadi cengkung. Alahai anak ummi. Waktu di klinik pun dia muntah juga. Makanan ditolaknya. Untuk minum, dia minta air kosong sahaja. Pelik bila melihat Ziyad terbaring sahaja...sebab antara 3 hero saya, Ziyad yang paling aktif.

Bila hero2 saya aktif dan lasak, saya stress dengan kelasakan mereka. Tapi bila melihat mereka tidak bermaya begini, saya mengharapkan suasana yang bising seperti sediakala.

Hari ini dalam sejarah

Kisah yang saya bakal tulis ini bukan kisah hari ini. Tapi kisah yang berlaku 2 hari lepas. Cuma saya rasa macam tak menarik jika saya letak tajuk "2 hari lepas dalam sejarah".

Satu petang, waktu pulang dari kerja, saya dan Anwar singgah makan di restoran memandangkan rasanya masa masih awal. Lagi pula restoran itu sudah beberapa kali kami lihat dan memang kami bercadang untuk mencuba makanan di situ. Kena pula di waktu itu Anwar kelaparan kerana tidak sempat lunch dan saya pula teruja untuk mencuba makanan di situ.

Sampai seperti biasa ambil menu dan order makanan. Servisnya agak laju. Tidak lama menunggu makanan dihidangkan dan kami mulakan operasi makan. Makanan dah habis, tinggal air sahaja yang belum diminum. Ketika itu Anwar bertanya saya, "ada duit tak?"

Alamak!!

Saya memang terlupa untuk mengambil duit tapi saya tetap buka purse kot kot ada duit yang tersorok tapi kosong. Anwar membuka walletnya dan taraaa....kosong...duit tader.
Apa nak buat?
Anwar ke kereta cuba2 mencari jika ada duit di dalam kereta. Tapi malangnya harapan kami berkecai. Pelan lain perlu dibuat. Tapi kami tetap maintain muka selamba.

Jadi pelan seterusnya....saya tunggu di restoran...Anwar bawa kereta mencari tempat yang boleh dikeluarkan duit. Nasib baiklah kami biasa di situ jadi Anwar tahu ke mana arah yang perlu dituju. Dan saya dengan selambanya lepak2 di restoran sambil menikmati minuman saya. Sambil2 itu bercakap di handphone supaya tak gabra sangat.

Akhirnya...Anwar kembali dengan duit. Lama juga dia pergi. Saya pun sudah naik cuak. Tapi untuk maintain selamba, saya minta Anwar tak rushing sangat untuk membayar...minta dia duduk dan minum dahulu. Beberapa ketika kemudian baru kami membayar makanan kami dan berundur dari situ.

Dalam kereta tergelak sendiri...isk..iskk...

Sunday, May 2, 2010

Peristiwa hari buruh di hujung minggu

Panjangnya tajuk posting kali ini. Beberapa hari blog ini kesepian saya tinggalkan. Since tajuk pun ada mention pasal hujung minggu jadi penceritaan kali ini pastilah pasal hujung minggu.

Hujung minggu yang menyeronokkan bagi Ziyad. Fahim pula, on off since dia baru sihat dari demam jadi dia tak dapat enjoy seperti Ziyad. Apa yang seronok sangat?

Kami terima kedatangan orang jaaauuuhh. Hari Jumaat malam Sabtu mereka tiba. Kala itu Fahim sudah tidur. Ziyad berjaga menunggu tetamu. Malam itu Ziyad tidur dalam pukul 2 pagi bermain..tidur pun sekatil. Bila terjaga dalam pukul 3 pagi, tengok salah seorang dah jatuh katil...tapi lena ajer tidur atas lantai...isk..iskk.

Paginya sambung main lagi. Fahim dah join walaupun nampak dia masih tidak begitu aktif. Tengah harinya pergi melawat baby Ameer Imran (baby Siti dan Fahmee). Makan tengah hari di sana. Walaupun rasa bersalah kerana mengacau orang berpantang, duduk lama di rumahnya, makan lagi di situ dan budak2 yang bermain & bergaduh di rumah mereka....tapi apakan daya...hampir 3 jam juga kami di sana.

Seronok tengok budak2 berempat itu bermain, bergaduh dan merajuk. Nuha yang mulanya merajuk dengan Nufayl kerana tidak dilayan, Ziyad yang bergaduh dengan Nuha, Nufayl yang ada kalanya menjadi abang yang protective, dan pastinya Fahim dan Nufayl yang akrab berkawan. Munif dan Fudayl..mereka berdua masih di bawah umur jadi kali ini hanya boleh memegang watak pembantu.

Kejadian yang tidak dapat dilupakan:
Apabila 4 budak berusia 6, 5, 4 dan 3 tahun berebut tempat di dalam kereta...pening...pening...

Pesanan khas untuk Abu Nufayl dan Ummu Nufayl:
Sudilah berkongsi gambar dengan penulis blog ini kerana beliau baru menyedari tiada gambar yang diambil pada hujung minggu / hari buruh kali ini.

Teka teki khas:
Siapa yang jatuh katil?
a) Nufayl
b) Fahim
c) Ziyad