Friday, May 28, 2010

Sunyi

Tadi kami ke Serdang - rumah atuk dan nenek hero2 saya. Bila tiba waktu untuk balik, Fahim dan Ziyad tak nak ikut. Mereka nak tidur di sana. Jadinya, malam ini tinggallah kami bertiga - Anwar, saya dan Munif sahaja di rumah. Malam ini terasa sunyi.

Sudah biasa dengan suasana bising, bila tiada suara Fahim dan Ziyad terasa lain. Saya pasti Munif juga terasa kelainan tanpa abang-abangnya. Kalau ada Fahim dan Ziyad, dia agak ralit bermain...tapi bila dia seorang, dia sentiasa mencari orang untuk berada disampingnya.

Dalam keadaan macam ini pun sudah terasa sunyi. Macammana agaknya bila anak2 sudah besar dan sudah boleh hidup sendiri. Seperti keadaan kita sekarang. Sudah berkeluarga, ibu bapa pula di kampung. Akhirnya mereka kembali berdua. Dan mungkin satu hari nanti kita juga akan menempuh keadaan seperti itu.

Jauh pula fikiran saya melayang malam ini. Terasa sedih - untuk mak dan ayah...dan untuk diri sendiri.

Mereka rindu dan saya juga rindu.

2 comments:

as said...

ambil cuti dan balik tgk diorang. bestnya balik ghanu!

tinggalkan je keje yg takkan abis. kalau kita mati, esok terus sykt dpt ganti. kalau diorang (atau kita) mati........

najibah said...

tuhla as...memang plan nak balik cuma tatau tarikh lagi