Tuesday, May 25, 2010

Tak ada cerita lain ke?

Mynie ada tulis pasal drama2 melayu yang jalan ceritanya sangat ' depressing'. Saya setuju.

Saya, kalau tengok cerita, saya akan avoid cerita2 yang sedih melampau. Saya tahu realiti kehidupan tak semuanya indah. Tapi saya tengok cerita untuk merelaxkan diri dan bukannya untuk meng'stress'kan diri.

Tiada masalah untuk buat cerita sedih...tapi kalau dah terlampau ekstrem saya memang tak akan tengok. Lagi pula bila tiba musim perayaan, drama khas untuk Hari Raya sangat menyedihkan. Bukankah hari raya ialah hari kemenangan, tapi drama kita penuh dengan kesedihan dan air mata. Boleh ajer dibuat jalan cerita anak yang derhaka akhirnya kembali ke pangkal jalan, isteri yang kembali ke pangkuan keluarga, suami yang akhirnya sedar kesilapan diri dan pelbagai ending yang positif.

Dan kini trend yang semakin menjadi-jadi ialah cerita seram. Sudahlah tu, ditayangkan pula waktu perdana. Kononnya untuk memberi pengajaran tapi rasanya lebih banyak yang menyesatkan dari pengajaran.

Lepas ini trend cerita apa pula agaknya.

4 comments:

haji muda said...

Salam Jie,
Benar tu, byk cerita yg kurang membina. Cerita Upin & Ipin lagi baik..

najibah said...

upin ipin budak2 suka...parents pun suka

Mynie said...

saya pun tak suka dgn trend cerita seram. mari kita jangan tengok :)

najibah said...

saya mmg tak akan tengok..anak2 saya pun dilarang tgk