Tuesday, May 11, 2010

Hero tak sihat 3

Fahim dah, Ziyad dah....kini Munif pula.

Petang bila ambil mereka bertiga, pegang Munif...terasa badannya badan. Hati saya dah mula risau. Takkan Munif pula yang demam. Di rumah...Munif tak aktif seperti biasa. Badannya panas. Malam itu badan Munif di lap dan kemudian diberi ubat. Saya menyusukan Munif seperti biasa dan dia akhirnya tertidur.

Sepanjang malam badan Munif masih panas tapi dia tetap bangun menyusu seperti biasa. Pagi esoknya..demam Munif tidak berkurangan. Jadi saya lagi sekali terpaksa mengambil emergency leave. Rasanya dalam 2 3 minggu ini sudah banyak hari saya ambil emergency leave. Kelam kabut rasanya.

Kami bawa Munif ke klinik dan seperti Fahim dan Ziyad, Munif dapat beberapa jenis ubat...ubat yang sama dengan abang2 nya. Penuh ubat di rumah saya sekarang ini. Satu hari menjaga Munif di rumah memang mencabar. Saya tidak boleh jauhnya darinya. Tidurnya juga sekejap sekejap. Dua kali dia muntah. Tapi alhamdulillah Munif tidak menolak susu saya. Dia menyusu seperti biasa.

Inilah kali pertama mereka bertiga tidak sihat secara berturut-turut begini. Kata Anwar...ini dugaan. Apa lagi boleh kami buat selain dari menghadapinya dengan sedaya boleh.

Wahai en virus...boleh tak hentikan serangan....kasihan mereka bertiga....

2 comments:

Hany FF said...

huhu..siannya. kami di sini mendoakan. sian sgt dengar ziyad & munif demam jugak. ziyad tu aktif, kalau dia demam mesti terasa sunyinya ya?

take care. moga depa cepat sembuh.
banyakkan selawat syifa'.

najibah said...

memang rumah sunyi jer sepanjang Ziyad tak sihat..Fahim pun bosan tader geng