Friday, May 28, 2010

Saya bukan pakar tapi....

Negara boleh bankrap jika teruskan subsidi - betul ke?

Saya bukan pakar ekonomi...tapi negara bankrap bukan semata2 kerana subsidi. Apa yang penting...kerjasama (haha...itu version wonder pets ok).

Version saya...apa yang penting pengurusan kewangan yang betul. Memetik sedikit statement dari sahabat di facebook..."zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dulu, duit zakat sampai tak ada orang nak terima sebab urustadbir yang cekap."

Sebelum ini ada timbul isu pasal judi halal. Saya bukan pakar agama...tapi judi halal??? Adoiii....confuse, confuse, confuse (ini version upin ipin)

Keadaan menjadi semakin tidak 'best' (alahai...rosak BM saya) apabila selepas berita2itu keluar akan keluar pula statement yang menghalalkan statement2 asal. Lirik lagunya sudah boleh dijangka. Tiada lagi misteri. Lirik seperti itu kalau dibawa masuk bertanding Juara Lagu ke, AIM ke, pasti tak boleh menang. Sebab, lirik tidak kretaif. Mendatar saja. Sama. Boleh dijangka.

Titik. The end.

3 comments:

dfario said...

Negara boleh bankrap jika subsidi minyak diteruskan... lepas ni, bukan minyak aje yg akan naik... barang2 keperluan pun akan naik secara berperingkat-peringkat...

Kenapa negara boleh bankrap??? sbb negara banyak hutang... sbb apa banyak hutang... sbb banyak sgt pembaziran... Utk menstabilkan negara.. beban hutang diletakkan kpd rakyat utk menanggungnya...


Seperkara yg mereka lupa.. bila rakyat suffer... kadar jenayah akan meningkat dgn mendadak... akan banyak kes bunuh diri... kes rompak... kes ragut... sbb apa? sbb terpaksa buat utk teruskan hidup...

Yg bestnya... para pemimpin masih menikmati kemewahan hidup... kereta free... minyak free... tol free... semua free...

Teringat aku zaman kepimpinan Saidina Umar Al-Khattab : "Kenyangkan perut rakyatmu sebelum engkau mengenyangkan perutmu" "Kalau org itu kenyang, akulah org terakhir yg akan kenyang dan kalau org itu kelaparan, akulah org pertama yg merasai kelaparan itu".

Renung-renungkanlah...

JiJie said...

uisk...fairul..kau nyer komen boleh buat entry baru
tapi yg tak tahan dengar nanti ialah statement ubah gaya hidup..

Ummu Auni said...

kerajaan kena check duit ke kroni tu mana pergi? setahu aku, dlm the sun hari tu ada mention duit atas angin sahaja dah berbillion2