Friday, December 30, 2011

Tak jadi cair

Ziyad seorang yang bermulut manis. Suka memberi kata-kata yang mencairkan hati saya seperti 'sayang umi, rindu umi, i love u umi dan macam2 lagi'.


Tadi saya telefon Fahim dan Ziyad di rumah. Bila Fahim jawab telefon, dia kata dia dan Ziyad tengah main dengan kawan. Bila giliran Ziyad pula bercakap....kata dia, "Ziyad nak umi...umi balik awak petang nih ok."


Mulanya saya dah nak cair dengar kata2 Ziyad...tapi tak jadi cair sebab sebaik sahaja Ziyad berkata2 begitu dia terus cakap bye dan letak telefon.


Nampaknya Ziyad kena asah skill lagi...sebab kata2 saja belum cukup lagi...mesti disusuli dengan perbuatan juga.


Tapi mood saya tetap jadi 'comey'...sebab Ziyad yang manis.

Wednesday, December 21, 2011

Gajet

Dulu-dulu main jual beli barang2 mainan...pakaian....makanan....dan macam2 lagi.

Tapi sekarang main jual beli galaxy tab...ipad...iphone dan gadget yang sewaktu dengannya.


Kelakar tengok mereka bertiga bermain jual beli gadget dengan kawan mereka. Ada jadi tokey kedai...ada jadi pembeli.


Ziyad cerita...dia jadi tokey kedai...pastuh ada orang datang nak beli ipad...tapi ipad dah habis...tak boleh beli.


Lepas tu kena berhenti main sebab dah kena panggil masuk rumah.


Fahim dah cakap...tahun depan dia nak beli ipad 3. Planning bagus...terus target ipad 3.

Monday, December 19, 2011

Tak sama







Walaupun ada persamaan...sebenarnya mereka berbeza...rupa dan perangai. Masing-masing ada keistimewaan...dan masing2 istimewa di mata abah dah umi.

Sama?





Dah nama adik beradik...kadang2 tanpa disedari ada gaya mereka yang nampak sama.





Sunday, December 18, 2011

Rambut sekolah



Lagi 2 minggu sebelum cuti sekolah berakhir...rambut pun kena dikorbankan. Lagi pula rimas tengok rambut ketiga2 hero ini dah boleh buat tocang samurai. Rambut fesyen sama jer ketiga2 mereka....kalau bukan sebab size berbeza memang nampak macam kembar 3.


Wajah penawar




Hilang penat outstation bila sampai kat airport...tiga orang budak berlari2 memangil 'ummi, ummi'. Selepas itu 2 org budak peluk saya dan seorang budak lagi melompat2 happy. Seronoknya tengok wajah2 penawar rindu ni.

Note: Gambar di atas bukannya gambar di airport

Sunday, December 11, 2011

Puteri keamananku

Mata tutup


Mata bukak



Inilah dia wajah sepupu terbaru Fahim, Ziyad dan Munif - Amani Syafiah


Budak manja

Posing manja


Mata tengok tv...tangan pegang tab



Fahim dan Ziyad satu minggu tidur di rumah atuk dan nenek. Tinggallah Munif seorang bersama kami. Bila Munif dah seorang maka jadilah dia budak yang manja dan dimanjakan. Munif FM tak beroperasi sepanjang 1 minggu Fahim dan Ziyad tak ada sebab tak ada orang nak berebut game / mainan / dvd dengan Munif. Semuanya Munif punya. Tapi nampak Munif agak sunyi bila seorang. Tak syok agaknya dapat conquer semua benda seorang diri tanpa abang2nya mengacau...hehe. Rumah pun jadi senyap...tak riuh rendah macam selalu.

Saturday, December 10, 2011

Recap - Sport Day Fahim n Ziyad

Ini pun kisah lama...inilah yang terjadi bila buka kembali gambar2 lama.




Ini kisah Fahim dan Ziyad ketika hari sukan tadika mereka pertengahan 2011 yang lalu. Tadika mereka jadi juara di antara 4 litle caliph yang join sport day.

Fahim, pelari terakhir untuk lari berganti2


Ziyad, pelari pertama untuk 4 years old...tak ingat nama game ni



3 heroes.....semua dah penat termasuk yang kecik sekali


















Recap - Fahim di tadika

Saya sedang tengok balik gambar2 lama...dan terjumpa gambar Fahim waktu concert di Q Dees. Waktu ini Fahim 5 tahun. Dia masuk 3 persembahan....tarian, dan 2 drama. Ingat lagi...Fahim setiap kali nak concert mesti dia tak sabar2...dari awal pagi dah bersiap dan asyik tanya sekarang dah pukul berapa....bila boleh pergi concert.




Aktiviti hujung minggu yang lampau

Ini kisah lama...berbulan2 sudah berlalu...tak silap saya awal tahun 2011. Walaupun sudah lama tetapi saya kena masukkan juga sebab ini kisah kesungguhan dan usaha 2 beradik...Fahim Ziyad.

Fahim dan Ziyad penggemar puzzle. Berpuluh2 puzzle ada di rumah. Tapi sejak Munif dah pandai nak join apa yang Fahim dan Ziyad main, mereka berdua berhenti bermain puzzle. Penat kot...bila nak buat Munif datang dan sepah2kan balik puzzle.

Munif pula pantang nampak puzzle dia pun nak 'tolong' buat dan membuatkan semua puzzle2 bercampur aduk antara satu sama lain. Dah tak tahu puzzle ini untuk papan mana. Nak mengasingkannya balk memang kami tak sanggup sebab dah banyak sangat.

Tapi satu weekend...tiba2 Ziyad ambil satu puzzle dan mula susun balik. Tapi masalahnya semua puzzle dah bercampur. Fahim pula bila nampak Ziyad start balik dengan puzzle dia pun join sekali. So inilah dia aktiviti mereka berdua pada hari Sabtu dan Ahad...menyusun puzzle. Tapi kerjanya tak mudah.

Pernah tengok cerita musang berjanggut? Di mana watak P Ramlee mencari perempuan yang boleh mengasngkan segala rempat ratus yang dicampurkan dalam satu dulang. Begitulah apa yang perlu dibuat oleh Fahim dan Ziyad.

Mengasingkan beratus2 puzzle yang bercampur dan asingkan ikut papan masing2. Kena ingat puzzle ni belong to papan mana. Lepas dah asingkan semua...barulah mula menyusun puzzle satu persatu ikut papan masing2.







Lebih kurang 20 lebih puzzle mereka asingkan dan susun balik dalam masa 2 hari. Mereka sangat tekun dan bersungguh ...saya pun seronok sebab semua puzzle dah tersusun kemas...hehe.

Apa yang penting...kerjasama.

Sunaton - Finale

Fahim: Outing pertama selepas bersunat



Ziyad: Outing pertama selepas bersunat



Lebih kurang 2 minggu sudah berlalu dari kisah sunaton. Sunation season 1 kini berakhir. Entry ini adalah finale untuk season 1. InsyaAllah siri sunaton akan ada season 2....tapi lambat lagila sebab Munif pun baru 2 tahun. Kalau ikut planning umur 6 tahun kena sunat. Ziyad exceptional sikit sebab sunat umur 4 tahun....dia kena ikut Fahim. Kami enjoy experience menjaga mereka...Alhamdulillah semua dipermudahkan.


Fahim dah tanya...boleh tak dia nak pergi Mekah sebab dah bersunat.

Friday, December 2, 2011

Sunaton 8







Seperti dijanjikan...inilah dia hadiah sempena dah jadi budak besar.


1 pistol nerf untuk Fahim


1 pistol tek 6 untuk Ziyad


2 pedang star wars untuk kedua-dua mereka


Mulanya Ziyad memang nak ultraman...dia dah mention masa lepas kena ubat bius tapi tak jumpa pula. Bila nampak pedang star wars terus dia ambil sebagai pengganti ultraman...layan ajerla....




Cost bersunat


RM 600 untuk 2 orang


RM 160 untuk hadiah tapi dapat redeem RM30 jadi tinggal RM130


Total RM730



Oklah kan...yang penting dah lepas 2 hero selamat bersunat.

Wednesday, November 30, 2011

Sunaton 7

Walaupun kebanyakan masa mereka berdua ok dan relax...tetapi tetap ada masa-masa yang memeningkan kami.


Senario pertama

ketika di bilik air untuk apa-apa juga urusan...mesti ada bunyi menangis...terutama sekali Ziyad...dalam bilik air satu-satunya masa dia akan menangis dan menjerit. Jeritan biasa Ziyad ialah ...sakit, sakit. Yang kelakarnya belum buat apa2 lagi...tak kena apa2 lagi dia dah menjerit.

Oleh itu Ziyad biasanya akan sedaya upaya untuk menahan diri dari pergi ke bilik air.


Senario kedua

Bila masa untuk mengeringkan 'itu'. Susah sungguh. Tangisan dan jeritan pasti ada di samping tangan pun mampu membuat benteng2 pertahanan terakhir. Tapi apakan daya...mereka buat apa pun...kami tetap kena keringkan 'itu'. Dan Ziyad juga seperti biasa...belum kena apa2 lagi pasti akan menangis dulu....isk...isk


Tapi bila dah nyenyak tidur...dan tidur dengan pelbagai gaya...dan pastinya kain pelikat pun terkena 'itu'...tak ada pula mereka terjaga dan cakap sakit. Kiranya tidur adalah penawar yang terbaik.

Sunday, November 27, 2011

Fahim di concert dan grand ihtifal

Aikido - masa pertunjukan solo



Drama - Fahim jadi rabbit



Ayat seribu dinar - semangat betul mereka baca



Ayat seribu dinar by 6 years old



Aikido - tak ingat nama aksi ni



6 years old tengah prepare nak dikir barat



Dapat hadiah -logical & mathematical smart



Note: Photos takes from Nur Khalifah Kindergarten Facebook

Ziyad di konsert & grand ihtifal

Masa Aikido - Ziyad di tengah




Bear Hunt - Ziyad di hujung sekali



Zikir & doa taubat. Ziyad kata dia kena jadi bos



Zikir dan doa taubat - 4 yrs old



Dapat hadiah - no 2 final exam




Note: Photos taken from Nur Khalifah Kindergarten Facebook


Munif ada kakak




Munif memang suka kalau orang layan dia dan manjakan dia. So bila ada Nuha yang layan dia main di taman permainan...dia pun terus jadi baik dengan Nuha. Ini gambar main buaian sama-sama.


Kejadian yang perlu dielakkan

Ada satu incident terjadi.


Malam sebelum bersunat...kami bawa mereka pergi makan. Fahim request nak makan pizza hut. Since kami pun ada barang yang perlu dibeli jadi kami ke Tesco Kajang. Di sana pun ada pizza hut...boleh sekalikan semua urusan.


Kami tak singgah rumah. Balik dari office terus ambil Fahim, Ziyad n Munif dan pergi ke Tesco Kajang. Laptop di bawa sekali sebab tak boleh tinggal dalam kereta.


Dan di sinilah segalanya bermula. Lepas makan di Pizza Hut, kami pergi beli barang di Tesco. Selesai semua urusan terus balik ke rumah. Balik rumah dan bersedia untuk hari bersunat keesokan harinya.


Hari bersunat, diuruskan seperti entry siri Sunaton. Ketika masuk waktu Zohor, tiba-tiba terfikir...mana laptop? Anwar terus keluar, check dalam kereta...dan cakap laptop tertinggal kat pizza hut. Terus ambil kunci kereta dan ke Tesco Kajang.


Saya?...cuak yang teramat.


Tapi alhamdulliah..tak lama selepas itu Anwar telefon..katanya laptop saya ada di Pizza Hut. Pekerja kat sana jumpa dan tolong simpankan.


Terima kasih ya Allah.


Kepada pekerja di Pizza Hut, Tesco Kajang

Terima kasih atas pertolongan kalian semua.

Sunaton 6

1 Muharram 1433H

Hari ke-2....


Fahim dan Ziyad dah ok. Tidak lagi mengadu sakit. Even semalam, masa tidur mereka tidur dengan selambanya, bergerak kiri dan kanan dan tak terjaga langsung. Ketika saya terbangun waktu malamnya, tengok Ziyad dah keluar dari kain pelikatnya...rimas agaknya. Sesuka hati tidur macam itu. Tapi mungkin sejuk..lepas itu dia masuk balik dalam kain pelikat.


Kencing pun sudah...walaupun puas juga nak memujuk. Tapi lama mana sangat mereka boleh tahan. Nak tak nak kena jugak.


Masa seharian dihabiskan dengan mengadap tv, tengok dvd dan main game. Dua-dua elok jer duduk diam tak bergerak ke mana-mana. Makan pun dengan begitu berselera. Tak adalah pantang sangat. Cuma elakkan makanan berminyak saja.


Tengok tempat 'itu' rasanya macam dah ok.

Saturday, November 26, 2011

Sunaton 5

Di rumah...


Ziyad dah tidur...sebenarnya dari dalam kereta lagi dia dah tertidur. Tapi dia tak ada cakap apa-apa. Fahim sudah mula mengadu sakit. Kami beri dia ubat tahan sakit. Fahim dah start menangis. Dia kata sakit. Kami suruh dia tidur...tapi knowing Fahim...dia memang susah sangat nak tidur. Apa yang boleh kami buat hanyalah bagi kata-kata semangat untuk dia. Tak boleh buat apa-apa lagi.


Last-last Fahim tidur....kesian dia..tapi nak buat macammana...itu antara benda yang perlu dia hadapi.. Tapi yang peliknya Ziyad sangat relax. Satu hari ini dia langsung tak mengadu sakit. Bila bangun tidur, makan nasi...dia habiskan masa main game dan tengok tv. Ubat tahan sakit pun dia tak makan. Samada dia memang tak rasa sakit ataupun dia tahan sendiri.


Fahim pula...lama-lama dia dah ok...walaupun ada kalanya dia mengadu juga sakit. Tapi bila dah asyik tengok tv...dia pun dah relax seperti Ziyad.


Cuma satu perkara saja. Sehingga entry ini ditulis kedua mereka tak nak pergi buang air kecil. Tapi berapa lama dia orang boleh tahan. Nak tak nak selepas ini kena pergi juga. Dan kami sedang menunggu....

Sunaton 4

Dalam bilik operation...


Masa masuk doktor tengah sunatkan seorang budak. Seorang budak lagi sedang tunggu giliran tapi dia dah kena bius. Sebaik saja masuk, Ziyad bertukar karakter. Fahim pula sudah berair matanya. Rasanya Ziyad baru menyedari apa yang akan berlaku.


Doktor minta Ziyad dulu baring untuk dibius. Ziyad sudah berair matanya...cakap tak nak. Tapi bila pujuk2...dia ok....so dia punya 'itu' kena bius. Ziyad dah relax balik. Cuma tabik juga pada Ziyad...dia langsung tak menangis. Selepas itu giliran Fahim pula. Sebab Fahim dah tengok Ziyad tak menangis jadi dia pun tak menangis juga...walaupun matanya berair. Akhirnya dua-dua selamat dibius...sekarang tunggu giliran utuk disunatkan.


Sementara menunggu...Ziyad ambil kesempatan. Dia minta dibelikan ultraman shikari, max dan taro serta pistol nerf. Sempat lagi tu.


Then masa bersunat. Seperti perjanjian mereka...Ziyad bersunat dulu. Anwar yang temankan sepanjang proses itu.Dia agak cuak tapi bila dipujuk...dan cerita pasal ultraman barulah dia ok. Ziyad kuat semangat. Lagipun mana sakit kan...sebab dah letak ubat. Habis saja bersunat...Ziyad turun dari katil...dan jalan dengan lajunya ke arah saya. Uishh...biar betul dia ni.


Selepas itu giliran Fahim. Kalau Ziyad dah ok..mana boleh Fahim tak ok kan. Proses berjalan lancar dan Anwar juga temankan Fahim sementara saya dan Ziyad menunggu di sebelah.


Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Tanpa raungan, tangisan...cuma mata saja yang berair...tapi masih sempat buat permintaan nak beli itu dan ini.


Abah dan umi bangga dengan Fahim dan Ziyad. Jangan risau janji untuk beli ultraman, nerf akan ditunaikan ok.

Sunaton 3

Di Kajang Medical Center


Ketika kami sampai dah ada lebih kurang 4 orang budak sedang menunggu. Semuanya lagi tua dari mereka berdua. Bila sampai Fahim dan Ziyad masih relax...cuma Ziyad ada juga bising sebab dia kata lama sangat kena tunggu.


Ziyad sepanjang menunggu tak macam orang nak bersunat. Lasak dan aktif. Bergerak sana sini. Mulut bising...kacau Fahim dan main game. Tak tahu apa yang dia fikir sebenarnya. Fahim pula, nampak relax...tapi kalau tengok betul2, nampak dia agak nervous. Mungkin sebab dia dah tahu apa yang akan berlaku. Tapi disebabkan Ziyad yang terlampau relax, Fahim pun macam boleh control nervous dia. Mereka berdua dah buat perjanjian...Ziyad yang akan masuk bersunat dulu.


Saya pula....haha...cuak yang teramat. Macam tak sabar untuk semua ini berakhir.


Lebih kurang 45 minit menunggu, nurse panggil nama Ziyad. Tapi bila nampak Fahim ada sekali, nurse tu mintak dua-dua masuk sekali. Dan saya yang sememangnya dari awal tak plan pun nak masuk...ikut sekali masuk sebab dua-dua kena panggil.


Cuak sungguh.....

Sunaton 2



26 November 2011


Appointment dengan doktor pukul 8.30 pagi. Awal pagi Anwar dah pergi hantar Munif ke rumah atuk dan nenek...sebab bimbang nanti kami tak boleh fokus pada Fahim dan Ziyad.


Bangun tidur kedua-duanya relax saja. Mandi dan siap berkain pelekat. Ready untuk ke klinik. Tak ada masalah...semua ok. Sempat main game sementara menunggu Anwar balik.

Bersambung.....


Sunaton 1

First of all, sori sebab sesuka hati reka perkataan sendiri - Sunaton.

26 November 2011, Fahim dan Ziyad bersunat. Dah lama kami inform mereka pasal plan bersunat nih. Fahim banyak juga bertanya. Tapi Ziyad macam tak kisah saja. Alih2 dia tanya...kalau bersunat macammana nak kencing.

Fahim pula...dia faham pasal bersunat. Siap explain detail pada dia. Peralatan yang digunakan...pasal buang kulit...kenapa kena bersunat dan macam-macam lagi. Kiranya mentally nampak macam Fahim sudah bersedia.

Lain pula dengan Ziyad. Samada dia tak kisah, saja tak nak ambil tahu atau dia memang langsung tak tahu bersunat tu macam mana. Jadi kalau dilihat Ziyad...seolah-olah mentally dia belum bersedia.

Tapi yang pasti mereka berdua kena bersunat. Kalau buat seorang saja...rasanya lagi masalah sebab seorang aktif seorang lagi kena duduk diam. Tension nanti yang kena duduk diam tu.

Bersambung....

Monday, November 21, 2011

Lintas langsung

Lintas langsung

2 beradik - Ziyad dan Munif sedang asyik bermain game. 2 beranak - Anwar dan Fahim sedang kecoh tengok bola final sukan SEA Msia vs Indonesia.

Munif kini sedang bersiaran Munif FM sebab merajuk tak boleh bermain game.

Munif FM berhenti siaran...kembali bermain game.

Fahim kecoh menonton bola....bising mulutnya membebel.

Ziyad juga kecoh bermain game....macam-macam bunyi datang dari Ziyad kerana terlalu asyik bermain game.

Ketika ini Indonesia sedang leading 1-0.

Saya sedang mengupdate aktiviti yang berlaku di rumah ketika ini.

Tamat lintas langsung.

Teringat dulu Fahim pernah beritahu saya...bila besar nanti dia nak jadi pemain bola sepak. Bila tanya kenapa. Jawab Fahim sebab dia nak jadi terkenal.

Wednesday, November 16, 2011

Little Caliph



Game

Ketiga-tiga hero saya teramat suka dengan game. Mana dia orang belajar nih. Yang pastinya bukan dengan saya. Hero paling kecik..Munif pun asyik dengan game. Bangun tidur cari game, balik rumah cari game, dalam kereta main game...di mana-mana sahaja.


Semua game dia orang pulun...computer game, PS, handphone, tab. Fahim saya nampak masih boleh control masa dengan game...Ziyad dan Munif masih kurang daya control...keasyikan mereka lagi lebih.


Oleh kerana mereka tak boleh control...nampak gayanya kami berdua la yang kena tolong controlkan. Kena tahan telinga juga dengan Munif FM dan bebelan Ziyad bila mereka tak dibenarkan main game. Ditambah pula kalau Ziyad dan Munif berebut nak main game yang sama di waktu yang sama. Kadang-kadang Fahim yang jadi orang tengah walaupun biasanya dia akan menangkan Munif.

Saturday, November 12, 2011

Recap - Fahim di tadika

Fahim bakal memasuki sekolah tahun hadapan, 2012. 3 tahun beliau di tadika bermula dari usia 4 tahun. 2 tahun Fahim di Q dees dan ketika 6 tahun Fahim di Little Caliph.

Ketika Fahim mula masuk tadika ketika usia 4 tahun, kami tidak ada expectation tertentu sebab baru tahun pertama. Tapi tak lama kami dapat lihat kemajuan diri Fahim. Dalam pelajaran beliau tidak pernah menghampakan kami. Fahim sendiri sentiasa ingin memajukan dirinya. Kami tidak perlu monitor kerana dia sendiri tidak mahu terkebelakang.


Observation saya sepanjang 3 tahun ini, saya perasan Fahim sentiasa mahu menang, menjadi yang pertama..dan menjadi the best. Sometime saya takut sebab bukan selamanya dia boleh menjadi yang pertama. Fahim juga perlu belajar untuk menerima yang menjadi yang terbaik tidak semestinya dengan sentiasa perlu menang. Dan akan ada yang mungkin lebih baik dari dia. Ini rasanya antara perkara penting yang saya perlu sentiasa ingatkan Fahim...lebih2 lagi apabila memasuki persekolahan nanti.


Moga Fahim berjaya mengharungi semua cabaran dan mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Concert n Graduation

12.11.2011, jam 3,30 petang bermula concert dan graduation untuk tadika Fahim n Ziyad. Hari yang bersejarah untuk Fahim kerana menandakan Fahim grad dari tadika dan akan memulakan dunia persekolahan tahun depan. Untuk Ziyad pula permulaan untuk tahun2 seterusnya dia di tadika.


Untuk persembahan Fahim masuk pertunjukan aikido, bacaan ayat 1000 dinar, dikir barat, speech n drama serta good bye song. Ziyad pula turut masuk pertunjukan aikido, zikir, serta lagu bear hunt.


Kedua-dua mereka dapat hadiah...actually semua student dapat hadiah. Fahim dapat untuk best in mathematic dan Ziyad pula tempat ke-2 untuk kelas 4 years old.


Saya dan Anwar n not forgetting Munif enjoy sangat tengok persembahan mereka. Fahim begitu bersemangat dan energetic untuk semua persembahannya. Ziyad pula...macammana nak cakap...sentiasa mengejutkan kami dengan kemampuannya. Apa-apa pun kami sangat bangga dengan usaha Fahim dan Ziyad.


Tetapi dalam keterujaan kami...sebenarnya saya rasa sedih dan terharu...sebab hari ini menandakan Fahim akan melangkah ke dunia baru...bakal meninggalkan dunia kanak-kanak...ke alam yang lebih dewasa (?). Moga langkah Fahim selepas ini sentiasa diberkati dan beliau dapat mengekalkan dan meningkatkan momentum sekarang...insyaAllah.

Friday, September 9, 2011

Munif 2 tahun

Saya lebih excited untuk menulis pasal 2 tahun menyusukan Munif dari hari lahir nya yang ke-2. Baru perasan kalau genap 2 tahun saya menyusukan Munif bermakna Munif sudah 2 tahun pada 1 September 2011.

Munif...pada saya agak berbeza dari Fahim n Ziyad ketika usia begini. Tak tahu dari segi apa...tapi saya dapat rasakan perbezaannya. Munif unik dengan caranya sendiri. Seorang yang ceria dan murah dengan senyuman. Tapi kalau menjerit atau menangis...rasa nak kurung diri dalam bilik jer. Kuat sangat.

Dia suka ikut apa yang dibuat oleh abang-abangnya. Kalau bab main dia banyak ikut Ziyad. Time dia ikut Fahim bila Fahim buka buku. Masa ini dia akan sibuk cari buku dan alat tulis sekali. Saya tahu Fahim menahan geram juga bila mana alat tulis dia selalu dikacau oleh Munif. Tapi nak buat macammana...itukan adik dia...redha sajalah.

Memandangkan buat masa ini dialah yang bongsu...jadi semestinya sekarang ini dia menjadi anak manja di rumah. Kalau tak dapat apa2 yang dia nak..bersedialah mendengar siaran Munif FM. Kadang2 abang2nya pun suka mengusik...seronok dapat buat Munif menjerit atau menangis. Dan Munif akan datang pada kami ..mengadu. Kalau kena marah dengan kami pula...dia akan pilih Fahim untuk mengadu...manja betul.

Dear Munif...selamat hari lahir yang ke-2. Moga jadi anak yang soleh dan bahagia dunia dan akhirat.

Wednesday, September 7, 2011

Akhirnya...



Tarikh ketika saya menulis entry ini adalah 7 September 2011. 6 hari selepas Munif menyambut hari lahirnya yang ke-2.

Bermakna sudah 2 tahun saya menyusukan Munif. Alhamdulillah target 2 tahun berjaya dicapai. Bukan mudah...kadang2 ada masanya ingin berhenti. Stress pun ada juga terutama bila stok makin berkurang. Tapi syukur padaNya..saya diberi kekuatan untuk meneruskan penyusuan ini. Alhamdulillah.

Saturday, August 20, 2011

Ada laci di dalam rumah

Imaginasi Ziyad memang di luar jangkaan saya.

Cerita Ziyad, dulu2 dia duduk dalam perut saya. Dalam itu penuh dengan susa. Dia berenang-renang di dalam susu. Kalau lapar dia akan minum susu. Malam-malam pula dia suka tendang-tendang kat dalam jadi saya akan rasa sakit kat perut sampai tak boleh tidur.


Ziyad cerita lagi, bila Ziyad nak keluar dari perut saya, Ziyad buka perut saya lepas itu vakum kepala dia keluar. Bila tanya Ziyad buka perut saya dengan apa, katanya dalam perut saya ada rumah. Dalam rumah itu ada satu laci. Laci tu kecil saja. Dan dalam laci itulah ada pisau untuk dia buka perut saya.

Saya tanya lagi, habis itu kalau dia buka perut saya dengan pisau berdarahla saya. Dia jawab lagi, dalam laci itu juga ada plaster. Bila dah buka perut tuh, dia akan tampal plaster balik dan bila malam perut saya akan elok.

Lepas itu Ziyad keluar dengan vakum dari perut saya. Bila keluar-keluar jer Ziyad kata dia terus nangis waaa, waaa, waaaa.

Itulah dia cerita Ziyad berkenaan laci di dalam rumah di dalam perut.

Tuesday, August 16, 2011

Ujian ketahanan telinga

Kelakar betul Munif nih.


Semalam, Munif berebut dengan Ziyad nak main burung yang marah. Mula-mula Munif main dulu lepas tu Ziyad take over pulak. Munif marah. Dia nak main lagi tapi Ziyad pula ambil. Menangis-nangis dia. Siap menjerit lagi. Mulalah siaran Munif FM.


Tapi saya dan Ziyad tak pedulikan dia. Munif datang nangis2 mengadu kat saya. Saya buat tak faham. Ziyad pun buat tak peduli teruskan ajer bermain. Jadi Munif FM terus bersiaran. Rancangannya menangis dan menjerit tanda tak puas hati.


Agaknya dah lama sangat menangis dan orang tak peduli...dia pun stop. Tapi menjerit masih diteruskan. Still tak ada orang peduli. Last2 dia pergi cari benda lain...dia ambil buku dan pencil colour. Tapi yang kelakarnya...sambil2 belek buku dia masih menjerit tanda tak puas hati. Lepas itu diam. Asyik dengan bukunya. Lepas tu sambung menjerit balik....tapi tangan masih asyik belek buku...mata pun masih mengadap buku.


Nampak sangat tangisan dan jeritan tu untuk dapat perhatian dan mendapat apa yang dia nak.


Sesekali kena ajar juga dia nak sesuatu tak boleh guna air mata dan jeritan. Tapi itulah...bukan senang telinga saya boleh menahan ujian nih. Ada masanya terpaksa beralah juga sebab tak tahan dengar Munif menjerit...apatah lagi kalau dalam kereta. Adoii!!


Sayang Munif.

Sunday, August 14, 2011

Munif FM

Kami ada siaran radio baru. Namanya Munif FM. Tak susah nak dengar Munif FM. Cukup sekadar abang-abang dia mengusik sikit...tak bagi barang yang dia nak..larang dia buat something yang dia nak buat...dan tak kasi dia main burung yang marah. Lepas itu keluarlah Munif FM.

Munif FM nih tak banyak rancangan. Ada rancangan menjerit tak puas hati, menjerit marah, menangis merajuk dan menangis mengadu. Tapi kita tak boleh pilih siaran mana yang kita hendak...semuanya tertakluk kepada owner siaran radio itu sahaja. Volume pun tak boleh ubah...semua tertakluk kepada owner. Berapa lama radio bersiaran tertakluk dengan ketahanan pendengar siaran dan juga owner radio. Kalau pendengar boleh bertahan dan tidak beralah dengan apa yang diminta oleh owner radio...kira lama lagilah siaran sebab time tu dia kena tunggu owner radio penat dulu.

Siaran dia tak kira masa dan tempat. Dalam rumah...dalam kereta ...even tempat2 lain pun boleh...asalkan ownernya ada...dan ada penyebabnya.

Tapi biasanya lama jugalah Munif FM bersiaran dalam sesuatu masa sebab pendengarnya semua mempunyai ketahanan. Harapnya dengan pendengar yang mampu bertahan..Munif FM taklah lama sangat bersiaran.
Tapi ada kalanya juga pendengar pun terpaksa beralah...kena tengok sebab, keadaan dan faktor2 lain terutama kalau yang melibatkan 2 abang.

Bak kata abang pertama (Fahim)...tahulah orang sayang dia tapi tak payahla manja sangat.
Munif, Munif...apa-apapun semua tetap sayang Munif. Sayang sangat-sangat.

Burung yang marah

Apa ada dengan burung yang marah (angry birds) sehingga game ini jadi fenomena terutama di kalangan budak-budak.

Beza betul zaman kanak2 dulu dan sekarang....semuanya sekarang berasaskan teknologi. Tak ada dah main2 macam upin ipin dan kawan2 dia main.

Di rumah sekarang pun budak2 bertiga itu pun dah addicted dengan burung yang marah...jangan sampai nanti muncul ummi yang marah (angry ummi) sudah. Apa tidaknya berebut mereka nak main terutama Ziyad dan Munif.

Ya...Munif pun join sekali main burung yang marah. Agaknya senang kot nak main...setakat memastikan burung dapat lepas ke sasaran. Tapi dari segi teknik dan taktik rasanya dia pun hentam sahaja. Ziyad pula kalau dah main fokus sesangat.


Saya ada juga main burung yang marah. Tapi mungkin kerana saya takla berminat sangat dengan game..jadi saya biasa2 saja. Kiranya dalam rumah ini dah ada 4 gamers. Satu gamer tegar...yang 3 lagi macam ada potensi nak jadi gamer tegar...

Thursday, August 11, 2011

Cerita ceriti di bulan Ramadhan

Sehingga ke hari ini masih lagi tidak menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Juadah berbuka & sahur home made walaupun ada kalanya tiba di rumah jam 7 malam.

Fahim...hari pertama saja bangun untuk bersahur...hari-hari seterusnya tidak lagi bangun. Kami pun tidaklah paksa dia untuk berpuasa. Puasa Fahim pun semuanya setengah hari saja...ada kalanya tak sampai setengah hari. Takpe..apa yang penting dia memahami berkenaan puasa di bulan Ramadhan.

Ziyad...memang langsung tak puasa. Kata Ziyad, puasa kan tak boleh makan. Kalau tak makan macammana Ziyad nak besar. Alahai Ziyad..

Biarlah lambat lagi Ramadhan berakhir...

Monday, August 8, 2011

Pergi tak kembali

Ketika ini saya sendiri tak pasti samada perlu menulis berkenaan apa yang bakal saya tulis atau tidak. Tapi since jari saya tidak berhenti menaip...saya teruskan juga.

Tanggal 27 Julai 2011, jam 7.40 malam, ayah saya telah kembali ke rahmatullah. Saya tiada bersamanya ketika itu...masih dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Saya menerima panggilan pemergiannya ketika di dalam kereta dalam perjalanan pulang. Kami sampai kira-kira jam 9.00 malam. Terkilan? Ralat?...Kalau ikutkan rasa semestinya perasaan itu ada...tapi saya pasti ada sebab di sebalik kejadian.

Hujung minggu sebelum itu kami balik...kiranya itulah kali terakhir 'melihat' beliau.
Ketika kami hendak kembali ke KL...bila Ziyad memeluk tok kinya...Ziyad ada komen..tanyanya 'kenapa bila Ziyad peluk tok ki sakit'...saya rasa apa yang dimaksudkan Ziyad...dia rasa sakit bila memeluk tok kinya...mungkin kerana terasa tulang2 tok ki. Ketika itu..beliau agak kurus..lantaran kurang makan. Pastinya bila dipeluk terasa tulang dari isi.

Terima kasih di atas ucapan takziah rakan-rakan.
Moga beliau tenang di sana...

Thursday, July 21, 2011

Aku dan kereta

Dear Diary,


Masa aku kecik2...masa aku belum ada adik-adik lagi...aku suka tanya soalan (tapi sebenarnya sekarang ini pun umi cakap aku suka tanya soalan jugak). Bila aku tanya soalan, umi dan abah akan jawab betul2...tak tipulah. Kalau aku tak faham apa yang dia orang cakap...aku tanyalah lagi. Lepas itu aku suka tanya pasal kereta. Umi dengan abah selalu main teka teki kereta dengan aku. Bila jalan-jalan, kalau nampak kereta dia orang tanya, Fahim itu kereta apa. Aku suka main teka teki macamni. Kalau aku jawab dia orang cakap 'pandailah Fahim.' Kalau aku tak tahu dia orang beritahula nama kereta tu supaya aku boleh jawab lain kali.

Aku suka.

Dalam tahun ini, aku dengan adik aku Ziyad suka kumpul kad cerita Cars. Ada kad Lightning McQueen, Doc Hudson, Mater dan macam-macam lagi. Dalam kad tu ada tulis pasal enjin, kelajuan kereta. Lepas tu bila nampak kereta atas jalan, aku pun tanyalah abah pasal enjin, kelajuan kereta yang aku nampak. Nasib baik abah sabar melayan aku. Umi tak tahu sangat. Kalau aku tanya umi mesti umi tanya abah balik. Macam-macam kereta aku jumpa. Aku pun seronok tahu nama dan jenis kereta. Kalau ada kereta yang aku tak tahu jenis dia, aku akan ajak abah atau umi pergi kat belakang kereta tu untuk baca nama dia.


Umi selalu tanya aku...'macam mana Fahim tahu nama kereta ini. tak pernah jumpa pun'.


Apa lagi umi...kena belajar laaa....


Aku beritahu atuk, bila besar nanti aku nak belikan atuk kereta BMW...tunggu ek atuk...


Fahim


-----------------


Hobi baru Fahim...mengenali jenis kereta, enjin dan kelajuan. Membezakan mana lagi besar, berapa banyak ekzos dan macam-macam lagi. Saya pun pening...nasib baik ada abah yang rajin melayan.

Wednesday, July 20, 2011

Aku budak besar

Dear Diary,

20 Julai 2011. Malam ini adalah malam penuh bersejarah untuk aku kerana malam ini 2 batang gigi aku telah dicabut oleh doktor gigi. Sebaik sahaja abah dah umi aku pulang dari kerja, mereka terus membawa aku dan adik-adik ke Bangi. Aku ingatkan untuk makan malam...rupa-rupanya pergi ke klinik gigi. Aku takut tapi lepas abah dah umi cakap cabut gigi adalah satu perkara biasa untuk menjadi budak besar, aku kuatkan hati untuk menghadapi cabaran ini...challenge!!!!
Sampai di klinik gigi abah mendaftarkan aku dan kami menunggu sekejap sebelum dipanggil jumpa doktor gigi. Doktor bagi ubat...rasanya pahit sikit dan ada rasa strawberry, lepas itu tanpa aku sedari terus doktor gigi cabut 2 batang gigi aku. Doktor letak kapas di gigi aku...dan aku menangis...waaaa. Doktor bagitahu kat abah supaya bagi aku makan aiskrim atau benda sejuk.

Aku nangis lagi. Tapi umi cakap aku kuat dan dah jadi budak besar. Bila masuk kereta aku pun tak nangis lagi. Aku dah ok. Abah dan umi puji aku. Lepas itu aku cakap kat abah dan umi yang aku nak makan aiskrim. Kami singgah di stesyen minyak petronas dan abah belikan aiskrim untuk aku, Ziyad dan Munif. Hooraayyyy...aku dah jadi budak besar.


20 Julai 2011, 10.00 malam.


Fahim



-------------
Hehehe...kalaulah Fahim ada diari...agaknya inilah yang dia tulis kot...heheh lagi

Friday, June 17, 2011

Satu malam

Baru-baru ini ada workshop dan terpaksa bermalam. Tinggallah hero bertiga di rumah dengan Anwar

Balik rumah ada kisahnya...terutama pasal Munif.

Kata Anwar, tengah malam Munif bangun cari saya. Mula-mula dia pergi ketuk pintu bilik air, mungkin dia ingat saya dalam bilik air. Lepas tak ada respond dia pergi pula ke bilik Fahim dan Ziyad. Pun saya tak ada. Lepas tu dia request dengan Anwar untuk turun bawah. Dah turun bawah minta ke dapur pula. Sampai dapur, bukak peti ais...barula naik atas balik.

Kesian Munif...cari punya cari saya tetap tak ada.

Bila jumpa balik mereka lepas habis workshop, Munif senyum tengok saya dan peluk saya. Fahim pula datang peluk saya lepas itu dia bisik pada saya,"umi, semalam masa nak tidur Fahim nangis sebab ingat umi."

Ziyad pula....selamba jer. Bila tanya rindu saya atau tidak beberapa kali baru dia jawab..."oklah Ziyad rindu umi." Sabar jerla...

Sunday, May 29, 2011

ZZzzzzz

Kali ini kisah Munif pula.

Semalam, tengah2 tidur dengar bunyi Munif menangis. Saya bangun seperti biasa ...sebab biasanya Munif terjaga nak susu. Bangun tidur nak menyusukan Munif...pastu tengok Munif tak ada. Sudah...mana pulak budak kecik ni...suara nangis ada...orangnya tak ada. Dan saya memang tidak bermimpi. Saya ketika itu berada di dunia realiti.

Saya pun cuba menjejak melalui suara tangisan Munif. Rupa-rupanya tangisan itu datangnya dari bawah katil. Hehe...Munif ada bawah katil la. Macammana pulak dia masuk bawah katil dan boleh tidur dengan lenanya. Sebab untuk dia masuk bawah katil, dia kena tidur kat lantai dulu then baru boleh golek masuk bawah katil. Macammana dia buat camtuh ek? Kalau tak kerana nak susu tak adanya dia nak bangun.

Saya kejutkan Anwar, mintak ambilkan Munif dari bawah katil. Selamat Munif...semalam tidur bawah katil.

Thursday, May 26, 2011

Congrats


Pukul 3 pagi

2 minggu lepas...Fahim dan Ziyad kejutkan saya pukul 3 pagi.

Tengah2 lena...dengar suara Fahim dan Ziyad kejutkan saya. Saya bangun...ingatkan dah lewat...tengok2 jam baru pukul 3 pagi. Pastuh tengok mereka berdua dah siap mandi (sebab rambut basah) dan dah siap pakai baju sekolah.

Saya pelik. Mimpi apa pulak budak berdua nih siap awal sangat nak pergi sekolah. Baru pukul 3 pagi. Nak kata mereka mengigau atau mimpi macam tak lojik pulak sebab dah siap mandi dan pakai baju sekolah.

Last2 saya suruh mereka pakai baju tidur balik dan suruh tidur. Cakap kat dia orang sekarang baru pukul 3 pagi...lambat lagi nak pergi sekolah.

Alahai...rajin pulak budak berdua ni bangun pagi...tapi masalahnya terlebih awal pulak. Tatau kenapa dia orang bangun awal sangat. Mungkin silap kunci jam kot (mereka ada jam loceng kat dalam bilik). Biasanya susah nak bangun pagi. Nak kata tidur awal, malam tu mereka tidur pukul 12.

Esoknya saya tanya, kenapa Fahim dan Ziyad bangun awal semalam. Mereka tak cakap sebab apa cuma betulkan ayat saya jer..."bukan semalam la umi...tapi malam tadi."


Monday, May 16, 2011

Chipsmore

Kejap ada kejap tader. Bila dah stop nak mula balik malas betul...tapi sayang pulak tinggal blog ni bersawang.

Bila la nak aktif balik nih.

Friday, February 25, 2011

Present - end of Feb 2011

Hampir 2 bulan di tahun 2011.

Rutin pagi2 dah ok...tapi tugas memastikan Ziyad bersiap ke sekolah masih mencabar. Untuk hal2 sekolah yang lain rasanya Alhamdulillah mereka makin serasi. Ziyad mula mempraktiskan apa yang dipelajarinya. Fahim juga dah makin improve dengan perkara baru yang dipelajarinya.

Munif...of course makin membesar..makin aktif....makin banyak akalnya.....dan tika saya menulis posting ini..Munif baru sahaja selesai menconteng dinding...alahai....dah terlambat tak sempat nak halang. Terciptalah hasil seni Munif di rumah kami.

Saya sudah menyusukan Munif selama lebih kurang 1 tahun 6 bulan. Ada 6 bulan lagi untuk mencapai target 2 tahun. Kena positif dan berdisiplin dan yakin untuk mencapai matlamat.

Imbas kembali 2010

Antara gambar2 Aidilfitri 2010. Melampau betul..baru sekarang nak letak gambar. Tak adalah nak letak banyak sangat setakat untuk abadikan gambar mereka tiga beradik dan gambar Munif berbaju melayu.