Friday, January 29, 2010

Tulisan positif

Bulan ini saya banyak menulis di sini. Sebenarnya saya memang bertekad untuk menulis sekerap yang boleh di sini. Bila saya baca kembali kebanyakan tulisan saya kebanyakannya indah belaka. Seolah-olah tiada masalah, stress, tension, marah dan sebagainya.

Saya juga manusia biasa. Kehidupan saya dan keluarga ada pasang surutnya. Anak-anak saya juga tidaklah perfect 100%. Mereka juga seperti kanak2 lain ada kerenah dan perangai yang memeningkan kepala.

Tapi bila menulis di sini saya tidak mahu menulis yang negatif. Saya mahu apabila saya membaca kembali semua tulisan saya sini dan sekiranya anak-anak saya membacanya satu hari nanti ada pengajaran yang dapat diambil. Juga dapat menjadi terapi dan peringatan kepada saya apabila saya mula berfikiran negatif.

Contoh yang terdekat, apabila saya keletihan dan kepenatan melayan anak-anak saya, dengan menulis di sini dan membaca kembali posting berkenaan mereka, saya tahu mereka sebenarnya anak-anak yang baik. Kenapa saya perlu melihat yang negatif sedangkan banyak benda positif yang boleh difokuskan.

Saya perlu sentiasa bersyukur.


2 comments:

kin hashim said...

salam najibah :).
terima kasih singgah kat blog. Rasanya ingat lagi najibah nih.. prefect dulu, dok? duduk mana lening?

najibah said...

haah...masa tu saya dgn syikin..kami F2
sekarang saya duduk di kajang, keja di kl