Tuesday, February 16, 2010

Cuti tahun harimau

Saya suka bulan Februari. Banyak betul cuti. Kali ini cuti panjang lagi sempena Tahun Baru Cina.
Kami tidak pergi bercuti ke mana-mana. Masa cuti dihabiskan di rumah dan keluar ke tempat-tempat yang berhampiran rumah sahaja.

Hari ini hari terakhir cuti dan esok kami akan kembali ke rutin harian hari kerja. Siang tadi kami ke Mines. Masa banyak dihabiskan di Gramedia Book Store. Saya pertama kali mengetahui berkenaan kedai buku ini melalui Saifulislam.com. Teruja melihat kedai buku yang begitu besar dan penuh dengan buku pelbagai jenis dan genre. Dan hasilnya kami membawa pulang majalah komputer untuk Anwar, satu set puzzle untuk Ziyad, buku aktiviti dan pensil colour untuk Fahim dan buku paranormal untuk saya sendiri. Cuma Munif tidak dibelikan apa-apa (lain kali yer Munif).
Pada saya jika ingin mendapatkan buku untuk anak-anak, kedai buku ini amat bersesuaian. Pilihannya pelbagai.

Fahim dan Ziyad seronok di kedai buku. Memilih buku dan bermain. Kesabaran saya teruji dengan mereka yang sentiasa hilang dari pandangan. Itu baru 2 orang. Tak tahulah nanti apabila Munif dah dapat kaki, lagi besar ujiannya nanti. Apabila saya mengeluh pada Anwar, Anwar beritahu saya, extraordinary people akan melakukan extraordinary things - Oh, ini ayat untuk mengelakkan saya tension.

Kala ini, di waktu saya menamatkan tulisan ini, Ziyad sedang menyusun puzzlenya dan Fahim pula dengan buku aktivitinya. Munif sudah lena diulit mimpi.

Saya berhenti di sini dahulu.

2 comments:

m-i-o said...

kedai buku gramedia tu memang best! ada byk pilihan, kan?

sy pun baru perasan kedai buku tu bulan lepas. tak payah sy nk pegi jauh2 sampai ke kinokuniya/mph midvalley. kat situ pun dh cukup baik.

jijie beli buku paranormal? biar betul!

JiJie said...

betul best dan satu lagi besar...boleh jadi tempat main anak2 saya...hehe
buku paranormal..sajer2 jer..tetiba mood nak baca buku vampire