Thursday, February 4, 2010

Kisah semut

Fahim & Ziyad (terutama Ziyad) suka bermain dengan kucing. Tapi sometimes mereka agar terkasar bila dah seronok main. Jadi saya selalu pesan pada mereka, tak baik buat kucing macam itu. Mereka pun makhluk Allah juga.
Oh ya, posting ini bukan pasal kucing sebenarnya.

Sekarang baru posting yang sebenar.
Semut banyak betul sekarang kat rumah. Pantang ada gelas yang terbiar atau sisa makanan sedikit pasti datang gerombolan semut. Jadi saya seperti bermusuh dengan semut-semut ini. Nampak ajer semut, adalah yang saya akan buat untuk mematikan (hehe...saya tak nak guna perkataan membunuh) mereka. Satu hari Fahim nampak saya tengah sibuk dengan 'musuh-musuh' saya itu dan terus dia tanya," kenapa Ummi buat kat semut camtuh, dia pun makhluk Allah juga."
Alahai Fahim, terus buat saya rasa bersalah.

Bercerita soal semut, saya teringat cerita seorang sahabat saya berkenaan cara seorang Tok Guru melayan semut (ini kisah benar seperti yang diceritakan oleh sahabat saya).
Sahabat saya pergi ke rumah seorang Tok Guru. Ketika sedang berbual, mereka nampak gerombolan semut berdekatan dengan beliau. Lantas mereka memberitahunya berkenaan semut-semut itu. Tapi tahu tak apa yang dibuat oleh Tok Guru itu? Beliau mengambil gula dan menaburkan gula dan semut-semut itu dapat berkerumun di situ.
Kalau saya (dan mungkin orang lain), pastinya semut-semut itu telah menemui ajalnya.

Dan Anwar juga pernah memberitahu saya, kalau semut ada di rumah sebenarnya ada good sign juga. Apa good signnya? Ia bermakna rumah kami tak ada anai-anai. Kenapa pula begitu? Sebab semut dan anai-anai tidak boleh tinggal sekali. Mereka saling berlawan.

Malah di dalam al-Quran juga ada surah an-Naml (semut). Di mana dalam surah itu ada menceritakan mengenai raja semut yang mengarahkan anak buahnya agar masuk ke sarang masing-masing agar tidak terpijak oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya. Mendengar perintah raja semut itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan takjub atas keteraturan kerajaan semut itu dan beliau mengucapkan syukur kepada Allah yang telah melimpahkan pelbagai nikmat kepadanya.

Dan kini saya teringat pula berkenaan kisah Fayad - semut yang rajin.

Saya rasa posting kali ini perlu diberi tajuk "Kompilasi kisah semut."

2 comments:

m-i-o said...

eh, ziyad kepunyaanku jugak sgt suka dgn kucing - dan agak kasar. siap tonyoh2 anak kucing macam main kereta mainan. huh!

tp ada sekali, mak kucing tu cakar dia sebab asik main ekornya. dia tak menangis. tp dh tak tarik ekor kucing dh. haha!

bagus betul cerita semut ni. maknanya, kalo takde semut - ada lah anai2 kan? huh. lagi bahaya!

najibah said...

ehe...dalam hal ini Ziyad kita mmg sama