Wednesday, February 24, 2010

Soal jawab kelahiran

Fahim dan Ziyad suka apabila disoal begini.
Saya tanya mereka:
"siapa yang b**** dalam perut ummi?" Fahim akan angkat tangan sambil menjawab,"Fahim."

Saya tanya lagi:
"siapa yang keluar kena vakum?" Ziyad angkat tangan sambil cakap, "Ziyad."

Soalan seterusnya:
"siapa keluar dari perut ummi cara biasa?" Fahim & Ziyad tolong angkat tangan Munif dan dua2 berkata, "Munif."

Suka betul mereka berdua apabila disoal begini. Seolah2 mereka ingat apa yang berlaku walaupun sebenarnya saya yang menceritakan pada mereka.

Saya mengalami pengalaman bersalin yang berbeza untuk Fahim, Ziyad dan Munif. Fahim, saya terpaksa menjalani pembedahan disebabkan air ketuban telah bercampur dengan meconium (saya inform Fahim, yang dia dah b**** dalam perut). Ziyad pula terpaksa divakum lantaran saya tidak merasa sakit untuk bersalin sehingga tiada tekanan untuk 'push'(saya ambil ephidural dan hasilnya saya langsung tidak merasa sakit). Munif pula lahir secara biasa tanpa pembedahan, ephidural dan vakum.

Kadang-kadang saya sambung soalan ini pada mereka berdua.
Saya tanya Fahim," Fahim, kenapa Fahim b**** dalam perut ummi?". Fahim jawab, "sebab Fahim dah tak sabar nak keluar."

Ziyad pula saya tanya, "Ziyad kenapa Ziyad susah sangat nak keluar dari perut ummi. Penat ummi push Ziyad tak nak keluar jugak."
Jawab Ziyad, "sebab Ziyad suka duduk dalam perut ummi. Dalam perut ummi best"
Saya tanya lagi,"dalam perut ummi Ziyad makan apa?"
Dan jawapannya,"Ziyad minum susulah."

5 comments:

Anonymous said...

comel..
jie, nak ty.. since fahim lahir ceaser, brape jarak umur fahim n ziyad? pahtu masa pregnant ziyad ada tak sakir kat tempat ceaser ti

aidaniza

mummy aisyah n ainaa said...

haah le comel. macam le diorang ingat ape yg jadi.

diorang dah tanya ke belum baby keluar ikut mana?

aisyah dah tanya n kita dah jawab...hehe

najibah said...

ija...jarak dia org 1 tahun 10 bulan..tapi doctor suruh jaga makan jugak takut baby besar susah nak bersalin normal

as...kita tak citer bebetul lagi bab tuh..kena buat preparation sebelum masuk bab nih..hehe

m-i-o said...

hahaha! nanti sy nak tiru versi soal jawab ni. menarik :P

sy punya versi sgt pendek & mudah.

siapa budak baik?
siapa budak pandai?
siapa budak soleh?

jawapannya semua sama,

SAYA!!


tp bila tanya siapa cucu nenek?

jawapan yg sy dgr ialah,

NENEK!!

apakah?!

najibah said...

mio - dua2 budak ni memang suka kalau diceritakan kisah mereka masa baby..excited
bab cucu nenek tuh agaknya kena tukar soalan kot or terbalikkan ayat..nenek punya cucu siapa?
jangan dia jawab cucu sudah..hehe