Bangun pagi2, selepas menyiapkan apa-apa yang patut, saya ke dapur. hajat di hati nak minum susu sebab dah lama betul tak minum untuk support tulang ini. Masa mengandung dan masa pantang konsisten jugalah minum susu tapi lepas itu ikut suka hati je.
Pergi ke dapur, capai sudu, mangkuk, buka kabinet dan terus ambil tin susu. Ambil sukatan yang biasa, campur air dan lepas itu masukkan cornflakes.
Duduk mengadap tv sambil menikmati susu dan cornflakes. Dalam kepala saya sibuk merangka jadual untuk aktiviti seharian. Selepas itu sedang saya berfikir-fikir pelbagai perkara tiba-tiba terdetik dalam hati saya: kenapa susu hari ini rasa lain jer?
Saya malas nak berfikir lagipun susu pun dah nak habis. Tapi automatik dalam kepala terus recall apa yang saya buat di dapur tadi. Ops, baru teringat, saya keluarkan tin susu besar dari dalam kabinet. Kalau tin susu besar maknanya itu susu Ziyad.
Susu saya kecil ajer tinnya sebab nak habiskan pun ambil masa.
Saya minum susu Ziyad rupanya. Patutla sedap.
Sorry yer Ziyad, Ummi kongsi susu dengan Ziyad hari ini.

3 comments:
bolehlah share dengan ziyad lain kali, hehe
jimat nak beli susu ummi :D
sib baik susu ziyad..kalu susu munif???heheheh
aini...taleh share susu dengan ziyad...susu dia cepat habis
kak eton...kalau susu munif terus tang2 tu jugak buat pumping session
Post a Comment